Pesanan Penaja ^_^

2 Aug 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 7 Mount. Fuji

Entry sebelum ni Takeshita Street, Harajuku

Hai semua.

Selamat malam semua.

Jenuhnya akak nak abiskan cerita ni. Kerja harian di opis semakin menyesakkan nafas dah tue. Bisnes MB Mall Online pun alhamdulillah semakin mendapat di hati pengguna dan pelanggan setia.

So malam ni akak cuba ler cerita kan juga pengalaman hari ke-7 di bumi Matahari Terbit ni. Walaupun perjalanan kali ni tak seperti yang di harapkan. Dan entry pun panjang sikit yea.



Tapi alhamdulillah. Kaki ni dapat jugak sampai ke Mount Fuji iaitu satu-satunya gunung kebanggaan warga Jepun.

Pagi ni rutin masih seperti hari-hari yang lepas. Wajib bangun awal, ready bersarapan di rumah dahulu dan seterusnya bertolak kembali ke Shinjuku Station untuk naik bas ke Moun Fuji. Tiket akak memang dah book dari Malaysia lagi tanpa bayaran dan semalam pun baru akak beli tiket tu di Terminal Bus Shinjuku

So pagi ni akak memang dah tau mana nak tunggu bus dan seat berapa nak duduk pun tau dah.

Walaupun semua dah ready tapi still datang awal gak. Sebab tak nak bersesak dalam train terutama time peak hour.

Sementara menunggu bas sampai. Sempat jugak ler Kak MB amik gambar di terminal bus yang baru je beroperasi ni.


Ramai rupanya orang nak ke Mount Fuji pagi ni. Rata-rata mereka ada yang nak bekerja dan ada juga nak bercuti ke sana. Semua nya datang beli tiket secara walk-in jer. Tak seperti Kak MB yang kena tempah awal tiket kononnya takut kehabisan tiket. ^_^


Pagi ni akak kena tunggu di Pintu B5 untuk naik bas ke Mount Fuji.

Jangan risau di setiap pintu tu ada tertera jadual bas, destinasi dan nombor pintu yang patut korang tunggu.


Faham ke idokkk tulisan dia tu???? Hahahaha. Sila buat-buat faham yea..

Jangan risau sangat. Setiap maklumat diorang ni akan ada dwibahasa. Rakyat Jepun pun sekarang ramai dah yang boleh berbahasa English dan fasih baca body language ni.

Tak lama pun Kak MB menunggu time ni.

Tup tup tup...


Yeah, bas dah sampai depan pintu B5 tepat pada masanya 7.30 pagi dan akan bertolak pada pkl 7.45 nanti.

Jom naik. Tapi sebelum tu jangan lupa beratur dan bagi tiket dulu pada pertugas yang di tugaskan collect tiket.


Kalau korang nak bermalam di Mount Fuji dan ada bagasi besar. Boleh letak di ruangan bawah bas ni yea. Sangat selesa bas express ni.

Jom kita mulakan kembara kita hari ni dengan Bismillah.

Perjalanan ke Mount Fuji ambik masa dalam 1jam 1/2 ke 2 jam jugak ler. Berpandu pada keadaan kesesakan jalan raya yea. Ni nak kua dari Shinjuku ni pun boleh tahan sesak sebab waktu orang nak masuk kerja kan. Tapi bila dah masuk jalan highway dah tak sesak dah.

Sepanjang dalam bas ni ada juga beberapa kali bas ni berhenti dan setiap kali nak berhenti tu pemandu akan bagi announcement.

Cantiknya pemandangan sepanjang perjalanan ni. Walaupun masih bersalji tapi salji nya tidak setebal masa di Shirakawa Go ari tu.

Rasanya Mount Fuji dah lama kot tak turun salji sebab nampak macam saki baki salji yang dah kotor di tepi-tepi jalan jer. (sori tak ada gambar time ni sebab cameraman Kak MB tertido time ni)



Alhamdulillah.


Kak MB sampai juga di Kawaguchiko Station pada pukul 9.30 pagi. Station ni adalah tempat pertukaran bas untuk pergi ke attraction di sekitar Mount Fuji ni.



Kalau korang naik train dari Shinjuku tadi. Pastikan turun ni Kawaguchiko Station yea. Station dia sebelah je dengan tempat bus ni. Tak jauh pun. Sesapa da JR Pass. Boleh guna JR Pass ke Kawaguchiko Station ni. Cover ohkeyy then jimat.

Tengok pemandangan di luar bas nampak macam 'bad luck' jer. :-(


Walaupun semalam Kak MB dah tau wheather hari ni mendung dan kemungkinan akan hujan. Then bila hujan. Of course Fujiyama tak nampak kan.

Tapi dari semalam juga kak MB dah penuh berharap agar ramalan cuaca tu tak betul ler. Huhuhuu.

Tapi???

Huk huk huk ;-( ternyata ramalan cuaca di Jepun ni sememangnya tepat. Kalau ramalan cuaca meramalkan hujan. Hujan ler ia. Whua wuaa wuaaa...

So sesapa yang nak datang ke Jepun make sure check wheater setiap hari. At least kalau hujan boleh prepare siap-siap rain coat ke payung ke. kan.

Akak nak nangis dik oitttt.... Hajat nak tengok Fujiyama macam terkubur jer.

"Tak pe. Tak pe banyak masa lagi di sini. Insya Allah. Fujiyama pasti akan nampak jugak." Ayat penyedap hati dari Incik Padil.


Jangan tertipu dengan terikan matahari di atas. Sebenarnya cuaca dah nak mendung time ni..

Ermmm...

Tak pelah. Kita relax dulu. Banyak lagi masa di sini dan banyak aktiviti lagi Kak MB nak buat di sini.


So jom cari tiket bas Retro dulu. Dari station ni korang kena amik Retro Bus pula iaitu Sightseeing Bus yang akan bawak korang pusing-pusing di sekeliling Fujiyama ni. Tapi ia da pakej jugak tau. Tak semua tempat bus tu pergi.

Korang boleh tengok attraction yang korang nak pergi di sini Bus Retro Timetable dan check perjalanan bus mana yang boleh cover ke tempat yang korang nak tuju tu. Harga dan pass mana yang cover ke destinasi korang tu. Semua maklumat ada dalam website di atas. Sila baca yea. Hehehe


Hah, ni tiket yang akak beli.

Macam Kak MB amik pakej Red Line sahaja dengan kadar harga 1,200 yen seorang. Dia boleh cover 2 hari perjalanan Unlimited Pass di sekitar Kawaguchiko Lake. Kalau sesapa nak cover Kawaguchiko Lake dan Saiko Lake boleh amik Green Line Pass.

Kalau tak nak beli pass ni pun tak apa.

Just naik bas macam biasa. Amik tiket. Dan bila nak turun nanti baru bayar. Harga akan terpampang masa nak bayar waktu turun nanti. Just bayar jer mana yang di minta.

Tak faham jugakk??? Jangan risau. Nanti driver bus akan bantu korang. Masih tak faham lagi sebab beza langguage? Korang tunjuk je duit syiling yang korang ada. Nanti abang driver tu amik mana yang perlu jer. Dont' worry rakyat Jepun tak akan menipu. Diorang sangat amanah dan beretika yea.

Tapi memandangkan misi Kak MB nak tengok Fujiyama sangat so view paling sesuai tengok Mount Fuji adalah di Kachi-kachi Ropeway dan Kawaguchiko Natural Living Centre.

Lepas je dapat tiket Bus Retro ni. Kak MB terus je beratur di Line mengikut pakej warna tadi.


Setiap line dah ada penanda aras. Sila patuhi. Berdisplin masing-masing kan beratur tunggu bas. Hehehe..


Tak lama pun beratur dan Bas Retro pun sampai...



Klasik dan Retro sangat kan bas ni.

Bas dia kecik je. Tempat duduk pun tak banyak. Nasib ler sapa yang lambat naik ke bas kena berdiri yea. Tapi tak payah risau. Tak lenguh pun kaki berdiri dalam bas. Sebab destinasinya dekat-dekat jer.

1st destinasi akak nak gi Kawaguchiko Herb Hall. Picit loceng.

Sekali dia tak berhenti pula. Maybe driver tak dengar kot loceng berbunyi atau waktu tu Kawaguchiko Herb Hall tak buka lagi. So perjalanan Kak MB diteruskan dan terhenti di Kachi-Kachi Ropeway. Dalam bahasa melayunya kereta kabel.


Pemandangan Kachi-Kachi Ropeway dari bawah. Sampai sini Kak MB perlu melintas jalan dan mendaki sedikit untuk sampai ke ropeway ni untuk beli tiket.


Geng orang Malaysia datang ke sini tapi dia naik kenderaan sewa kott. Sebab da selisih dengan diorang tadi. Tapi sebab diorang nampak cam sibukkk je tu. Kak MB tak tegur pun.



Tiket dia pun ada pakej gak iaitu Ropeway & Sightseeing Boat. Kak MB just naik ropeway jer. Tak daya dik oiitt sejuk-sejuk  ni akak nak naik boat. Tapi ada je orang sejuk-sejuk ni naik boat dan ada yang memancing juga.

Untuk pakej Kachi-kachi Ropeway ni korang boleh klik sini Mount Fuji Kachi-Kachi Ropeway

Tapi tiket untuk ropeway sahaja berharga 800yen round-trip/ seorang. Nak dapatkan tiket tak perlu booking just walk-in sahaja.

Pandang di langit macam mendung dah. Dari bawah tadi nampak macam kaki-kaki Fujiyama kelihatan. Tapi tak pasti ler nampak ke idak dengan jelas Fujiyama nya.



Yeahhh, sampai dah ke atas ni.

Ingatkan kereta kabel dia tinggi sangat macam Gunung Mat Cincang.

Rupanya dekat je. Tak panaihh punggung duduk lagi dah sampai. Hikhkhik.


Ni view Mount Fuji tapi nampak kaki jer. Yang berkabus tu ler Mount Fuji.



Kabus tebal. Seperti yang di jangkakan. Huhuhuuu.



Hari nak hujan. Kalau tak hujan. Salji yang turun.

Tak pelah. Sementara menunggu Fujiyama memunculkan diri.


Jom kita makan bekalan yang di bawa. Heaven gak.


Still hampa. Berarak awan mendung kelabu. Fujiyama masih tak nampak.

Yang jelas nampak salji jer turun time kami makan. Wuaaaa wuaaa wuaaa. Menangis dalam hati je waktu ni tau. Kecewa Kak MB tak dapat tengok Fujiyama.


Tungggu punya tungggu. Akhirnya salji yang turun. Mount Fuji ielekkk.. Hampa juga.


Memandangkan sekarang musim sejuk so pemandangan tak berapa nak cantik dari atas ni sebab banyak pokok dan rumput tinggal ranting dan mati jer.


So sebelum balik kita ambik dulu gambar kenangan di loceng cinta ni dulu yea. Sesapa tak ada cinta hati lagi. Boleh ketuk loceng ni sekali. Untung-untung cinta korang akan sampai nanti.

Macam Kak MB dah ada si cinta hati Incik Padil. Insya Allah makin mekar katanya cinta tu.

Yea ke??? Hahahahha.

Dekat atas ni pun tak ada apa pun yang menarik kecuali tarikan untuk tengok Fujiyama dengan jelas. Itu attraction utama di sini. Tapi ada ler provide tempat makan dan minum. Cuma was-was nak makan.




Akhirnya kami turun juga ke bawah untuk ke destinasi seterusnya . Time ni hujan lebat dah turun.


Sekali masa nak balik tu ternampak orang jual strawberry ni. Ni adalah strawberry putih yang hanya ada masa musim sejuk jer.

Ingat nak beli. Tapi harganya nak dekat RM 200 beb.. Erkkkk... Terbatal niat nak membeli.

Tak pelah..

Kami terus sahaja menunggu Bus Omni untuk ke destinasi terakhir dalam pakej Red-Line iaitu Kawaguchiko Natural Living Centre.

Sepanjang perjalanan dalam bas ni banyak sebenarnya attraction yang menarik yang korang boleh pergi tapi dek kerana kecewa sangat tak dapat tengok Mount Fuji tadi. Akhirnya Kak MB decide nak gi destinasi terakhir terus iaitu last choice untuk view Mount Fuji.

Jom layan gambar sepanjang perjalanan ke sana.




Sightseeing Boat yang korang boleh pilih masa nak beli tiket Kachi-kachi Ropeway tadi.


Walaupun hujan dan sejuk. Masih ada rakyat Jepun yang memancing.





Sampai jer di Kawaguchiko Natural Living Centre ni hujan semakin lebat. Terus kami berteduh di sini sambil minum Caramel Latte ni. Harga nya toksah ler korang tanya. Kalah harga Starbucks.


Tapi dek cuaca terlalu sejuk di luar so kita lepak-lepak sini dulu yea.

Dekat sini pun banyak cenderahati di jual. Siap ada bukak kelas buat jem blueberry lagi. Tapi kalau nak masuk kelas jem diorang ni kena booking awal ler yea. Dia ada masa-masa tertentu kelas dibuka. So hari ni tak ada kelas di anjurkan.




Bila dah jalan-jalan tengok di persekitaran Kawaguchiko Nautural Living ni nampak macam ada tanaman pokok Lavender di persekitarannya. Cuma sekarang musim winter kan. So banyak pokok-pokok mati kekeringan tapi kalau korang datang ke sini time musim bunga ke.

Cantik kot pemandangan di sini?


Walaupun hujan lebat time ni. Tapi nak sangat gambar kenangan gak kan. So amik jugak ler gambar dalam hujan. Nasib baju waterproof.


So sementara nak tunggu hujan teduh ni. Akak MB solat dulu di luar bangunan ni yang ada separuh awning tu. Boleh ler solat kan jauh sikit dari orang lalu lalang. Cari space yang tak basah.

Selesai urusan wajib.







Mount Fuji tak nampak. Gambar pokok ranting tu pun jadi ler yea.


Bukti dah sampai sini.


Hujan-hujan pun memancing lagi.


Jambatan Kawaguchiko Lake yang kabus dek hujan. Kalau tak boleh berbasikal di area jambatan tu.



Hujan masih belum menunjukkan mau berhenti. Air minuman pun dah habis dah. Gambar pun banyak dah yang kami snap walaupun kabur gara-gara kabus.

Still hampa. Tak nampak. :-(

So kami nak patah balik ke Kawaguchiko Station ler walaupun time ni baru pukul 2 petang.

Hampa. Sedih.

Bila bas sampai kami hanya diam kan diri jer. Sebab masing-masing kepenatan berjalan dalam hujan sambil melayan perasaan kecewa ya amat.


Tiba-tiba dari dalan bas Kak MB nampak kedai makan aladdin ni betul-betul tepi selekoh dan simpang jalan. Nampak macam kedai indon.

Kak MB pun picit loceng lagi sekali untuk ke kedai ni. Ikut suka je kan nak turun naik bas. Hiihihi.

Yea ler.. Kak MB kan pakai pass so ikut suka ler nak turun naik bas berapa kali pun kan.

Bila masuk je dalam restoran ni. Rupanya dia dimiliki oleh Pak Pakistan ler.



Menu dia pun ala-ala kedai mamak. Ada capati, nasi beriani. Ingatkan ada ayam penyet ke kan dekat Japan ni. Hahaahaha.


Kak MB decide amik Set B je..



Portion makanan dia pun besar.

Untuk review Restoran Aladdin ni. Nanti Kak MB update cerita.

Bila perut dah kenyang. Jiwa dah tenang. Hujan pun dah berhenti. Tapi harapan masih belum berhenti lagi.


Bila dah keluar dari kedai ni. Baru perasan kedai ni namanya Restaurant Indo bukan Restoran Indon yang ko bajet nak ayam penyet tadi. Hahahahhaha.


Lapar sangat tadi kot sampai salah baca. Aduhaiii mata..

Tengok masa waktu tu baru pk3.30 petang. Tiket balik kami pukul 6.10 petang. Ada 2jam je lagi masa berada di Mount Fuji ni.

Dengan penuh harapan agar dapat tengok Fujiyama gak hari ni. Kami berpakat patah balik semula ke Kawaguchiko Natural Living Centre untuk tengok Mount Fuji.



Sambil tunggu bas. Ni ler signboard yang korang boleh tunggu bas yea. Jangan main tunggu bas merata-rata. Kang bas tak berhenti kang.

Ni bukan Malaysia ikut suka hati tahan bas tau.



Tanda salji lama dah tak turun di sini bila salji tepi tu dah kotor dan mengeras macam batu bata dah. Jangan suka suki landing badan dekat salji yang dah keras. Maun patah tangan korang kang.


Walaupun hujan dah berhenti. Harap-harap kabus tak ada ler lagi.


Bas sampai dah. Bas Retro juga ni. Tapi lebih kepada Mini Bas.

Sekali sampai...


Huhhhh. Helah nafas berat.

Kawaguchiko Natural Living Centre masih seperti tadi.. Wuaaa wuaaa wuaaa :-(

Frust.

Pandang balik wajah kesayangan hamba. Incik Padil.

Tak pelah. Final decision. Kita patah balik ke Kawaguchiko Station then balik.

2jam kami melepak di Kawaguchiko Station untuk balik semula ke Asakusa, Tokyo.

Walaupun masa perjalanan Kak MB hari ni panjang dan banyak masa di sini. Tapi banyak masa kami habis gitu sahaja. Habis terkejar sana sini.

Misi mengejar Mount Fuji GAGAL...!!

Ayat pujukan Incik Padil bajet nak legakan perasaan kecewa Kak MB. "Tak pelah, sayang.. Next time, kita datang lagi.."

Ayat dia macam Mount Fuji ni duk sebelah umah akak dekat Bangi tu je kan..

Ermmm. Tak pelah. Sebaik-baik kita merancang. Perancangan Allah itu lebih terbaik.

Pasrah. Mana tau Allah betul-betul nak bagi akak rezeki lagi untuk next trip. Mana tau kan.

So balik ler kami ke Tokyo dengan selamatnya.

Sampai-sampai je di Asakusa kami terasa lapar kembali.

So misi Mount Fuji TAMAT. Tapi perut kami belum tamat lagi. Dia masih mintak makanan lagi.

Nampaknya malam ni baru kami mencuba makanan halal di Restoran Naritaya pula. Restoran ni memang terkenal di kalangan pelancong Malaysia sebab dia menjual makanan halal di Asakusa.

Untuk review Restoran Naritaya ni. Tungguuu. Next entry.

Bila perut kenyanag. Baru terasa badan penat. Dan malam ni adalah malam terakhir kami di Bumi Jepun. Esok malam kami akan balik semula ke Malaysia.

Yeahhhh... Back to home.

Tapi sebelum balik ke Homestay. Kami berjalan lagi menyusur lorong-lorong kecil di Asakusa ni menikmati malam-malam terakhir di sini bersama si cinta hati.

Selamat Malam semua..

Next entry Day 8 Tsukuji Market