Pesanan Penaja ^_^

5 Jun 2014

Berpantang Part 3 : Menu Berpantang

Assalammualaikum

Hai u'olls. :-)

Dah 2minggu aku tak update cerita kan pasal berpantang ni. Sori ler sebab aku busy dengan kerja. Pastu kesihatan pun tak berapa nak sihat. So aku nak tanya korang ler.

Sapa tahu menu makanan yang sesuai untuk ibu yang dalam pantang?

Kalau ikut pengalaman aku sebelum keluar hospital masa bersalin dulu, doktor dah pesan nanti makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan, biar banyak minum air suam dan makan makanan berprotien cam ayam, ikan, daging. Kalau kurang protien nanti luka jahitan lambat baik. Kalau kurang makan sayuran dan buahan nanti kurang serat mengakibatkan sembelit. Kena banyak minum air untuk memulihkan kembali tenaga dalaman dan luaran, kesihatan, pencernaan dan membanyakkan susu badan.

Tapi berbeza pulak dengan pesanan mak aku. Mak pesan jangan makan makanan berminyak, elakkan makan ayam nanti gatal kat bahagian bawah tu, kurangkan minum air nanti urat jadi kembang, elakkan minuman bergas dan ais nanti sejuk mengakibatkan sakit sendi-sendi, jangan makan kentang nanti badan masuk angin, jangan makan sayur nanti badan sejuk, biar makan banyak lada hitam udahnya Fayadh cirit-birit jadinya sebab lada hitam panas, jangan makan roti sebab roti ada yis nanti badan gemuk. Mak pesan wajib pakai stokin, sweater bia pun panas untuk mengelakan angin masuk dalam badan, jangan berkipas, ikat rambut tinggi2, jangan membaca, FB pun tak boleh nanti bertambah rabun mata dan bla bla bla bla..... Punya ler banyak pantang larang mak aku sampai leleh tahi telinga nak dengar. Tapi aku pilih sendiri cara berpantang yang sesuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian badan kita dalam berpantang ni siap ber air-cond lagi. Panas sioottt makan air-air herba dan lada hitam ni.

Bukan aku nak argue cara diorang berpantang dulu. Tapi kita kena tahu gak kenapa orang dulu berpantang terlalu ketat sebab perubatan dan cara bersalin dulu berbeza dengan sekarang. Kalau dulu diorang bersalin dengan mak bidan bukan di hospital. Tak ada perubatan yang moden yang boleh mempercepatkan penyembuhan luka dalaman ni. Hanya bergantung pada ubat-ubatan tradisional seperti akar-akar kayu. Lepas tu dulu diorang bersalin dirumah tak kena jahit. Kena berpantang betul-betul untuk bagi bahagian perenium @ Miss V diorang pulih kembali sampai jahitan bertaup semula dengan semula jadi. Beza dengan orang sekarang semua perubatan dh canggih. Hari ni bersalin selang 3hari dah boleh gi makan KFC, gi shoping atau tengok wayang dan dah boleh dah pakai seluar jeans sebab kecanggihan perubatan yang moden yang membantu mempercepatkan proses pembaikan luka. Tapi aku still tak keluar rumah selama 44 hari hanya sekali je aku keluar dengan terpaksa sebab nak mencari breast pam punya cerita.

So untuk pengetahuan korang, masa aku berpantang menu makanan dan cara berpantang aku pilih moden dan tradisional. Cara berpantang tradisional aku still pakai stokin, ikat rambut tinggi2, berbengkung, bertungku, berpilis, minum air periuk, air ikan haruan Polleney, air haruan dan gamat Maspati dan air teh herba Tanamera untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tapi jamu aku tak makan sebab takut Fayadh panas dan sweater pun aku tak pakai sebab duk umah kampung. Panas wei ditambah minum air-air herba dan berbengkung ni. Cara berpantang moden pulak dari segi pemakanan aku still makan sayur, ikan, buah dan minum air mengikut jadual cuma cara masakan je berbeza. Kalau masak sayur just masak secara rebusan tak ada minyak, ikan pun goreng tanpa minyak, ikan yang di bakar atau sup ikan. Manakala kalau nak minum air aku amalkan minum air suam segelas selepas makan dan sebelum dan selepas menyusukan Fayadh. Kalau makan tengahari plak mesti makan nasi panas di taburkan lada hitam ke atas nasi tu. Best gak lauk berpantang ni.





Masa berpantang aku memang dah create jadual masa dalam berpantang.

6.00   pagi - Waktu kebiasaan Fayadh menyusu dan menjadi jam loceng tak rasmi mengejutkan aku bangun tido.
7.00   pagi - Bersiap untuk mandi dengan air rebusan herba dari Tanamera.
8.00   pagi - Ready untuk berurut, bertungku dan berpilis.
10.00 pagi - Sarapan dengan 2 keping craker @ roti bersama milo panas+air periuk ( pakai bengkung ni memang tak dapat makan banyak)
10.30 pagi - Lepas je makan mesti tangki dedek (.)(.) ni penuh. So kena mengepam susu then buat stock EBM masa kerja nanti.
12.30 tghari - Waktu lunch. Dah tersedia 1 1/2 senduk nasi panas+ditabur lada hitam ke atas nasi+ lauk+air suam segelas+air haruan Polleney.
1.00 petang - Aktiviti mengepam susu lagi.
2.00 petang - Rehat
4.30 petang - Minum petang. Just roti@biskut craker bersama milo+ air ikan haruan POLLENEY
5.00 petang - Mandi petang dengan air rebusan herba
5.30 petang - Aktiviti mengepam susu lagi.
7.00 malam - Makan malam
7.30 malam- Aktiviti mengepam susu lagi.
8.00 malam- Berehat / Tido / Tengok Tv
9.30 malam - Minum malam dengan craker
10.00 malam - Aktiviti mengepam susu lagi.
11.00 malam - Masuk tido.
1.00 pagi - Bangun susukan Fayadh sambil mengepam lagi sambil mulut mengunyah makan. Baby menyusu ni memang asik lapar je.So keja aku makan, mengepam & tido
3.00 pagi - Pastu bangun lagi susukan Fayadh. Fayadh bangun menyusu setiap 2jam sekali. Mata aku dah jadi mata panda dah. Pastu lapar lagi sambil mengepam sambil mulut mengunyah makan. No diet..!

Cam tu ler lebih kurang aktiviti aku masa dalam pantang dari subuh hingga ke pagi esoknya. Penat, mengantuk, lapar, sakit, seronok. Cam2 perasaan ada. So kalau korang nak bergelar ibu, mental fizikal kena kuat. Kalau tak kuat nanti meroyan cam aku. Tak cukup tido je aku menangis cam budak kecik. Sebabnya dari zaman sekolah hingga ler zaman anak dara aku memang menjaga kualiti tidur aku harus 8jam tido. Erti kata lain "hantu tido". Then bila jadi ibu. Wah tido tak cukup. Jadi menangis mintak orang lain jagakan Fayadh. Hinggakan sampai satu tahap aku mengantuk giler. Tak nak susukan Fayadh siap marah2 lagi si Fayadh. Terpaksa Incik Padil tenangkan aku. Tu tandanya aku dah nak meroyan. Aku tak ingat apa2. So berhati-hati ler masa berpantang ni. Cam2 perasaan dan hasutan akan ada. Banyak2 bersabar dan istifar.

Jom kita tengok. Apa hasilnya bila berpantang dengan betul?

Yeayyy, saya berjaya menurunkan berat badan yang dulunya 70kg masa mengandung dan kini berat 50kg.

 Gambar 2bulan selepas berpantang.

Gambar 14bulan selepas berpantang.

So u'olls selamat berpantang dan enjoy yea dalam berpantang ni... :-)













No comments: