Pesanan Penaja ^_^

11 Feb 2015

Tips untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu..

Assalammuallaikum dan Selamat Petang..

Hari ni akak tak nak citer panjang lebar. Tapi kalau uolls dah baca citer yg sebelum ni. Uolls akan tau life 2015 akak. Sapa yg tak tau boleh klik disini. Jadi kali ni tugas akak nak menjawap setiap pertanyaan kengkawan akak a.k.a ibu-ibu breasfeed berkaitan Stock EBM ni.


Gambar Stock EBM yang dah dikumpul selama 75hari selepas bersalin. 
(full space 2 deep freezer + frezzer petiais)

Selepas je akak buat posting gambar ni di FB dan di IG akak. Ramai yg bertanya camana akak Mira boleh kumpul susu sebanyak ni? Apa makanan yang akak Mira amalkan sehingga dapat mengumpul stock EBM semeriah ini? Cmana nak uruskan susu ni? Cmana nak simpan susu ni? Camana nak panaskan? Banyak sgt camana camni ni.. Penat nak menjawap dan menaip satu per satu. So disini akak kongsikan semuanya yea.

Nak dapatkan susu yang produktif dan berkualiti mesti makan makanan yg berkhasiat dari mula2 pregnant lagi. Melalui pengalaman kak Mira time mengandungkan si baby Fa'iz memang suka makan buah kurma dan buah delima. Lepas tu akak tak makan ubat2 KK (Klinik Kesihatan). Akak  just ambil suplement vitamin Shaklee. Bukan sebab nak promote suplement ni tp kebetulan masa mengandung ni akak tak boleh nak telan OBIMIN yg doctor KK ni bagi. Makan obimin je mesti muntah balik. So doktor KK decide untuk akak mira ambil suplement Shaklee ni. Jadi akak amalkan pengambilan B-Complex, Vita C, Omega Guard dan Ostematrik masa kandungan 4bulan hingga bersalin. Alhamdulillah. Baby sihat dan akak tiada kencing manis dan tak ada darah tinggi.. Semuanya OK. Pemakanan harian plak akak memang wajib makan nasi, sayur dan buah2an. Fast food ada gak makan tapi jarang2 ler. Cuma pregnant kali ni akak habit nak minum kopi dan teh setiap hari. Kalau nak teh atau kopi tu hanya nak air tangan mamak je. Aduhaii.. Akak dah terkena manderem mamak ler.. hehe. (Sebenarnya kopi dan teh tak elok utk ibu mengandung. Tapi akak bedal je)


Suplement Shaklee ketika mengandung.

Lepas je bersalin dan berurut pada hari ke-3. Akak Mira hanya amalkan minum rebusan air akar2 kayu, makan suplement Shaklee seperti Zink Complex, Ostematrik, susu ESP dan makan makanan lauk berpantang yg berkhasiat. Maksudnya setiap hidangan makanan mesti ada nasi, sayur,ikan atau ayam dan buah-buahan. Minuman hanya air panas suam atau air akar2 kayu sahaja. Cara masakan dan hidangan seperti biasa. Sama je seperti orang lain berpantang.

Untukpengetahuan cara atau teknik mengepam plak. Ibu-ibu pernah tak dengar perkataan "Power Pumping"?

Apakah itu Power Pumping?

Power pumping adalah teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tetapi ia dalam cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapakah yang memerlukan Power Pumping?

  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu ibu.
  • Ibu yg ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukannya
  • Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya. 

Teknik mengepam POWER PUMPING 

  1. Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.
  2. Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
  3. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
  4. Untuk Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays).
Tapi melalui pengalaman akak sendiri. Masa permulaan ketika susu masih tak banyak lagi.. Pengeluaran belum produktif.. Akak memang amalkan teknik power pumping ni setiap kali menyusukan baby. Bila pengeluaran susu semakin banyak. Akak stop teknik ni dan amalkan mengepam setiap 2jam sekali mengepam dan wajib mengepam selepas 30 minit selepas makan. Memandangkan akak menggunakan double pump. Jadi dalam 10minit je akak dah dapat 10oz EBM. So stop mengepam. Then tunggu lagi 2jam akak pum balik. Hasilnya untuk sehari sahaja akak dapat 60oz sehari=5pcs plastick bag 12oz. Uolls bayangkan camana tak penuh freezer tu jadinya.

Kebiasaan selepas mengepam ni ibu-ibu akan berasa lapar. So dont worry.. Jangan takut gemuk kalau asik makan je. Menyusukan baby adalah satu cara yg membantu ibu-ibu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Pastikan biskut atau roti sentiasa ada bersebelahan ibu untuk dijadikan kudapan ketika lapar selepas mengepam.

Tips : Amalkan minum air suam segelas sebelum mengepam dan ambil segelas lagi air suam selepas mengepam. Ini bertujuan untuk mengantikan kembali air dalam badan selepas susu dikeluarkan dan mengelakkan badan kekurangan air.


Jadual Mengepam Susu 


Contoh jadual mengepam yang ringkas. Ibu-ibu boleh create sendiri jadual mengepam ibu mengikut kesesuaian waktu ibu dan waktu bayi menyusu.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya daripada teknik power pumping ni?

  • Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, Insya Allah dipermudahkanNya.

***Lain-lainTips Merangsang Penghasilan Susu

  1. Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih baik.
  2. Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45 minit ke 1jam selepas pengambilannya.
  3. Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu memberi ransangan.
  4. Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam.
  5. Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu 'breast' untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu.
  6. Pam setiap 2 hingga 4jam sekali.
  7. Anda diminta bersabar dengan apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum lah selalu. Jangan terlalu memaksa diri. Pasti hasilnya lebih baik jika dilakukan dengan KONSISTEN.
  8. Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain.

Jadi sampai sini sahaja perkongsian pengalaman dan tips dari kak Mira mengenai cara meningkatkan produktiviti pengeluaran susu ibu. Untuk tips dan cara penyimpanan dan pemanasan susu ibu akan akak Mira sambung di posting yang lain. Tunggguuuu...!!!

Assalammuallaikum.. Bye..! Bye..!

Remark : Untuk dapatkan harga produk Shaklee dengan harga yang murah dan berpatutan. Disamping khidmat bimbingan penggunaan dan tips PERCUMA. Boleh dapatan dengan Kak Mira yea. SMS/Whatsapp di 0126610226.





No comments: