Pesanan Penaja ^_^

11 Feb 2015

My life 2015.. Welcome 2015..

Assalammuallaikum.. Apa khabar semua? Lama dah tak ber Sok Sek Sok Sek dekat sini.

Wah, bersawang dah akak punya blog ni.. Siap cicak bertahi lagi.. Lipas beranak pinak dah dekat sini. Punya ler lama tak mengupdate citer. Last update pun 25 September 2014. So pejam celik pejam celik da gak ler 5bulan akak Mira tak bukak blog ni.. Tak sentuh pun keyboard lappy ni. Nampak bebenor akak sengaja mensibukkan diri.... Winkkkkk.!! Winkkk..!! Winkkk..!! ^_^

Okay ler.. Sebelum akak go through pada apa yg akak nak sharing ni. Akak bagitau cikit ler perkembangan life akak sekarang. Akak dah pun selamat melahirkan baby boy pada 29 November 2014 : 9.05malam di KPMC Kajang. Baby boy seberat 3.1kg ni si Incik Padil berikan nama Muhamad Fa'iz Hilman. Alhamdulillah semuanya selamat dan baby pun sihat.


Semasa Kak Mira mengandungkan baby Fa'iz, akak memang dah berazam nak fully breastfeed selama 2tahun. Kalau boleh ler.. Kalau jadi kisah cam abg Fayadh. Nampaknya impian mama nak full breastfeed terkubur ler yea. Sebab dulu masa Si Fayadh kak Mira memang tah tahan kena gigit. Luka2 nipple akak si fayadh buatkan. Udahnya niat nak susukan dia 2tahun terkubur sudah. 10bulan je mampu bertahan. Sedih sgt tau..! ;-(

Jadi kali ni akak dah berazam nak buat stock EBM sebanyak mungkin sebelum akak mula bkerja. So selama 3bulan cuti bersalin ni akak dah start mengepam dan mengumpul stock dari hari ke-3 baby Fa'iz lahir lagi.

Jadi sebelum akak bersalin akak memang dah bgtau misi2 tu yg akak nak susukan Fa'iz selepas je Fa'iz keluar. So dalam LR lagi akak dah start susukan Fa'iz. Tapi malangnya susu badan cam tak ada je. Sampai ler hari ke-2 susu masih tak ada lagi.. Sampai sakit dan luka nipple akak gara2 baby Fa'iz menyusu trlalu lama dan hari ke-3 selepas bersalin akak dah mula berurut dengan mak bidan.

Lepas je sesi berurut yg makan masa 4jam. Akhirnya ada perkembangan positif. Breast dah mula cekang,berat dan berdenyut2 penuh dengan susu. Akak mula ler mengepam sebelum bagi baby Fa'iz menyusu. Kalau dedek trlalu banyak susu pun baby tak suka. Sebab banyak sgt tak sempat nak telan susu yg ada dah kua susu lain sampai tersedak2 baby. Tu yg buat Si Fa'iz mengamuk. Dari situ ler bermulanya sesi mengepam dan pengumpulan stock EBM (Express Breast Milk). 

Jadi untuk perkongsian tips dan pengalaman Kak Mira dalam menjayakan azam akak ni. Akak bagitau uolls atau ibu2 diluar sana harus kuatkan semangat, mental dan fizikal kerana ia sangat memenatkan, stress, sakit dan penuh cabaran. Si suami plak kena support niat murni your wife. Kena jadi supporter yg terbaik buat isteri uolls. Baru ibu2 tak stress.. Tak penat.. Susu pun keluar dengan lancarnya.

Sib baik ler masa akak dalam pantang.. Tak ada kerja berat nak buat. Makan minum akak, mak mertua sedia dan uruskan. Si abg Fayadh plak nenek dan Incik Padil yg handle. Akak hanya rehat dan lepaking dalam bilik dgn baby sambil mengepam, tido dan bagi baby susu. Tu je rutin harian sehingga 30ari berpantang.


Ok ler dear. Dah jauh sgt dah akak ni melalut bercerita. Nah akak kasi gambar cikit. Ni ler hasil stock EBM yg dah akak kumpulkan sehingga hari ke-75. Ada 15ari lagi untuk akak bersenang lenang dekat umah ni sebelum mermulakan kerja awal bulan depan. (Boringgg... Tak nak kerja.. Nak duk umah je..) Hehehehe. Dari berat 65kg time pregnant. Sekarang berat akak dah reduce 13kg. Ada lagi 2kg lagi nak diturunkan untuk capai sasaran berat ideal 50kg. (Yeahhhh.. Go Go Chayookk Chayookk Mira)

Lepas je akak buat posting gambar ni dekat FB dan IG. Ramai kengkawan yg bagi feedback yg bagus.. ada yg whatsapp.. ada yg messenger duk bertanya kan tips, cara dan tanya apa yg akak makan sampai susu semeriah ni.

OK..!! Untuk pengetahuan umum. Terus terang akak cakapkan posting ni bukan nak tunjuk menunjuk rezeki yg akak ada.Tapi sekadar untuk sharing petua dan tips yang membantu buat si ibu-ibu nak sangat brestfeed tapi tergendala hasrat sebab tak tau cara mengepam dan pemakanan yg betul.

Jadi untuk ibu-ibu yg nak tahu bagaimana cara saya mengepam? Apa makanan yg saya amalkan semasa mengandung dan berpantang? Cara menguruskan dan penyimpanan susu EBM yg betul?
Ibu-ibu boleh klik Tips untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu ..































No comments: