Pesanan Penaja ^_^

5 Mar 2015

Dulu & Sekarang : (Permainan Zaman Kanak2)


Hi.

Siapa pernah main konda kondi, teng teng, jentik tutup botol, guli, baling selipar atau main tarik upih ke? Permainan ni ler yg selalu akak main masa kecik2 dulu. Best tau time tu.



Budak zaman sekarang rasanya tak tau dan tak pernah kot main permainan ni lagi. Ntah diorang tau ke idak apa itu konda kondi atau teng teng ke. Silap2 daun upih pun tak pernah tengok.

Kalau dekat bandar2 ni mana nak cari daun upih kan. So memang jarang dah akak tengok kanak2 zaman sekarang ni main tarik upih, baling tin, main lompat getah atau main sorok2 ke. Semuanya sibuk dengan gadget ditangan. 

Kalau dulu permainan congkak, main baling selipar, baling tin, main guli, gasing atau main sorok2 memang menyeronokkan permainan ni. Lelaki dan perempuan selamber je bermain bersama.


Jom kiter imbas kembali kenangan kehidupan kak mira dulu. Ni namanya permainan congkak. Kanak2 zaman sekarang masih lagi main permainan ni. Kalau dulu congkak ni akak buat lubang atas tanah je. Korek2 tanah buat lubang pakai kayu dan buahnya adalah biji saga tapi congkak sekarang dibuat daripada kayu atau plastik Buahnya pun terdiri daripada guli. Biasa orang perempuan suka main permainan ni.


Yang ni nama permainannya akak tak ingat. Tapi cara permainannya lebih kurang macam main kerusi beracun. Sapa yg terperangkap dekat tengah2 orang yg sedang angkat tgn tu. Dia akan terkeluar dari permainan ni. Kalau nak main permainan ni kena nyanyi satu lagu. Abis je lagu tu. Tangan budak 2orang tu akan jatuh menangkap kanak2 yg berjalan dibawahnya. Hah, korang jangan nak ngada2 suruh akak nyanyi lagu permainan ni yea sebab akak dah lupa liriknya.



Ni ler permainan guli namanya. Kalau dulu akak hanya bermodalkan 20sen je dah dapat 5biji guli. Kalau menang permainan guli ni. Korang boleh amik semua guli2 yg ada. Akak selalu jadi juara. Jadi banyak guli yg akak dapat. Guli2 tu akan akak akan simpan. Biler dah banyak guli akak akan jual guli2 tu. Mana guli yg cantik kawan2 akak akan beli. Time ni ler nak buat bisnes. Akak jual guli yang cantik2 tu dgn harga 50sen dapat 2biji guli. Hikhikhik. Pandai tak akak berniaga. Dapat duit baru boleh beli aiskrim malaysia.
Baling Tin

Baling selipar

 Yang gambar atas2 ni adalah permainan budak2 lelaki suka main. Cara permainannya korang search ler sendiri yea. Sebab akak mira tak suka sangat main kejar2. Sangat memenatkan. Selalunya biler kengkawan main permainan ni akak suka duk tepi jadi tukang sorak je. Lagipun akak bukan kuat sangat berlari. Baru nak lari dah kena tangkap.

Yang ni main tutup botol. Memang tak payah keluar modal nak dapatkan penutup botol ni. Amik je penutup botol air F&N dulu atau penutup botol kicap dulu2. Dapat ler camni. Sekarang ada lagi ke botol2 air guna penutup camni? Semua penutup plastik je kan kecuali botol air loncan. 


Ni ler botol air loncan. Kenal tak?

 Keadaan sekarang dah berubah tak sama cam dulu. Nak keluar bermain pun. Rasa cam tak selamat dah. Takut nak keluar sesuka hari sebab banyak bahayanya.

Sebab tu kanak2 sekarang lebih banyak bermain permainan indoor. Permainan yg dimain hanya dalam rumah. Contoh camni ler.


Permainan playstation. Duk je depan tv tu sampai naik juling mata pandang screennya. Permainan yg langsung tak mengeluarkan peluh. No wonder ler budak2 sekarang kecik2 lagi dah dapat cam2 penyakit. Tak sosial langsung. Hikhikhik.

 Ni permainan yg akak rasa paling famous sekarang ni. Permainan gadget. Si fayadh pun pandai dah nak main permainan dalam fon akak. Sampai jahanam fon akak dikejekannya. Semua benda ada dalam permainan ni. Downloadkan je ler. Tapi ia tak bagus untuk pembesaran kanak2. Permainan gadget ni perlu dipantau ibu bapa.


Kalau zaman akak kecik2 dulu suka main pondok2. Konon2nya ada mak, da ayah, da anak2 main masak2 dalam pondok tu. Banyak ler dendaun akak kutip dijadikan brg mainan tapi zaman sekarang budak2 main khemah-khemah. Tak main dah pondok2. Contohnya, korang tengok ler si Fayadh ni. Main khemah2 lepas tu ambil bantal tido dalam tu. Kalau merajuk dgn mama atau papa. Bawak diri menyorok dalam khemah. ^_^



Kalau zaman dulu kanak2 suka main basikal atau main tarik upih kan tapi anak zaman sekarang lebih advance suka main moto, main kereta, main helikopter atau main bot yg boleh dikawal dan yg boleh dicharge balik ni. Punya ler mewah anak2 zaman sekarang. Nak apa sahaja senang dapat. Kalau akak dulu motor cenggini beribu harga nya. Mampu telan air liur je duk pandang moto ni dekat kedai mainan. Nak beli tak mampu kan. Sekarang ni byr RM5 pn dah boleh main 10minit dekat pasaraya. Tak tau ler anak2 zaman akan datang.

Biler teringat dan terkenang zaman dolu-dolu. Akak mesti rasa nak nangis bertapa ruginya anak2 sekarang. Tak dapat menikmati kebebasan bermain. Walau sejauh mana pun akak pergi.. Kenangan lalu tetap dalam ingatan. Bia pun masa itu berlalu begitu pantas. Tapi jauh disudut hati. Akak merindui zaman kanak2 akak. Kalau boleh akak nak anak2 akak merasai kehidupan kanak2 mereka seperti zaman akak. Hidup yg serba sederhana tetapi gembira.


No comments: