Pesanan Penaja ^_^

28 May 2015

Team Koir Yang Awesome..!!

Assalammuallaikum.

Hai.

Fuh, lega semua big event semi years 2015 dah selesai. Boleh rehat dan santai-santai lepas ni sementara menanti bulan September nanti. Get ready to event Karnival Usahawan Desa (KUD) plak.

Seperti biasa kalau ada event-event besar yang nak nyanyian dari team koir. Of course aku akan join. Bila di #throwback balik dah 5tahun aku join team koir dari pelbagai team. Ada yang dari team Kementerian, Jabatan dan Agensi. Mana yang dipanggil untuk show. Aku mesti terlibat atas tiket minat bukan bakat. Kihkihkih. (Bunyi dah ala retis plak ekk. Join event besar saje.. Padahal bakat kelaut. Kalau disuruh menyanyi solo memang hancusss) :-)

Permulaan kisah bagaimana aku join koir ni berlaku secara tak sengaja sebab mengantikan kawan sebenarnya. 1st event koir yang aku join adalah di Kuala Lipis, Pahang sempena 50 tahun KKLW. Masa ni peserta koir terdiri dari wakil agensi di bawah KKLW tu sendiri. Masa ni aku pun baru masuk kerja gov so dapat ler kenal ramai kengkawan dari agensi lain. Waktu ni pun aku tak kawin lagi. Tak kenal pun lagi Incik Padil. So jangan tanya mana fayadh dan faiz ketika tu ye. Kuikuikuik.

Backdrop Anniversary 50 Tahun  KKLW

Gambar kenangan bersama kengkawan dari JHEOA dan RISDA.
 Korang jangan marah Kak Mira hokeyyy kalau tengok gambar ni semua blurrr blurrr. Sorry. Almaklum ler time ni fon tak berapa nak canggih. Kamera Nokia je pun. Megapixel pun just 5MP @ 6MP je kot. Akak pun tak berapa nak ingat dah. Nak beli yang baru. Time tu baru mula kerja. Baru mula merantau. Ibarat kehidupan baru nak bermula. Ni pun copy image dari FB. Gambar dalam laptop semua dah hilang. Sib baik da FB boleh ler cilokkk gambar dari situ. So kita abadikan kenangan ni dalam blog plak yea.

Time ni memasing pakai baju korporat agensi masing2. Akak time ni baru mula kerja di JHEOA a.k.a Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
Tapi sekarang dah tukar nama ke JAKOA a.k.a Jabatan Kemajuan Orang Asli

Cer tengok Mokcik yg menyanyi sambil tertutup mata dia tu.
 Nampak sangat fefeling giler mokcik ni nyanyi. Betul2 menghayati tu. :-)
Time ni agensi yang terlibat adalah KETENGAH, RISDA, KEDA, KEJORA, MARA, JAKOA, KKLW dan FELCRA. So memang happening time ni. Dari jauh datang hanya nak bagi komitmen suara untuk event.
Cewahhhhh..
Lepas je event ni selesai. Banyak lagi jemputan koir yg akak terlibat. Ada koir untuk perhimpunan bulanan, Anugerah Cemerlang, Hari Pekerja, Hari Belia dan banyak lagi. Kesemuanya dibawah anjuran Kementerian dan Jabatan. Tapi tak ada gambar untuk akak abadikan disini.

Ni adalah event KUD Tahun 2011. Kalau tak silap akak ler. Gambar ni pun akak cilokkk dari FB akak @CikPuanAmiraZara.
Waktu ni kena menyanyi 3buah lagu iaitu Negaraku (Lagu Wajib), lagu Malaysia Satu (Faizal Tahir) & Desa Wawasan. Team ni dipimpin oleh konduk Abang Shah dari RISDA.
Cikgu Vokal cakap kalau nak menyanyi kena bulat kan suara. Suara kena lepaskan. Bukak Mulut. Aaaaaaaaaa.. Kalau menyanyi tak nak bukak mulut tak payah menyanyi katanya. 


Masa ni dah kenal Incik Padil yea. So dia ler yg jadi photographer time ni. Waktu ni pun akak dh 2tahun bekerja dalam gov. Dah ada kemajuan sikit. Dah mampu sikit beli kamera. Tak perlu kamera fon dah. HAHAHAHAH
Wajah pun time ni dah cerah sikit dari mula kerja dulu. Bahana duk dalam aircond. Cerah dah kulit. (Nak perasan sekejap) Hikhikhik Baru ler putehhhh
Ni adalah event terakhir sebelum akak kawin. Lepas kawin tak sempat nak berkoir. Akak dah pregnant si Fayadh. So rehat selama 2tahun. Baru akak come back dengan team koir yang baru iaitu #Kumpulan Koir INFRA.

Eh eh kenapa dengan team ni? Kenapa masuk team koir INFRA? 
Kenapa tak join team yang dulu?

Hah, sebenarnya lepas akak bersalin kan Si Abg Fayadh. Kak Mira terus tukar tempat kerja dari JAKOA ke INFRA a.k.a Institut Kemajuan Desa plak. Lebih mudah, senang dan dekat dengan kawasan rumah. Kemudahan semua ada. Tak perlu nk bersesak2 menghadapi jem pepagi buta dekat highway tu.

Team Koir INFRA. Merah Mak Ngah sioottt.. Ni bergambar selepas selesai event.
Tapi sebelum nak join team yang baru ni. Peserta perlu menjalani audition dulu tau. (Wah, dah macam retis dah. Ala, AF gitewww.) Tujuan sebenar mengadakan audition ni untuk mengenal pasti jenis tone suara supaya bile menyanyi dalam group. Iye lebih harmony dan sedap didengar. So time ni ler masing-masing menunjukkan bakat menyanyi yang terpendam. Dah macam2 suara dengar. Suara katak pun lagi sedap kot. KIHKIHKIH. But uolls dont' worry. Be happy hokeyyy. Sedap atau tak suara tu. Itu semua tak penting. Ia boleh dipelajari dan bakat boleh diasah dan di gilap. Just take time.

One by one take place to audition first :-)
Second u'olls must babblingggg mengikut tempo yea.
Hah, yg kecik comel ni ler teacher vokal kami. Namanya Hasraniza. Suara dier memang Superbbb..!!



Amboiii, kemain suka korang yea mentang-mentang cikgu cantik. Gedikkkss uolls. Wink wink wink

Ni semua tengah training vokal dan preparation lagu untuk event Anugerah Ilham Desa dan Forum Asean ICT nanti. Kami-kami ni kena menyanyi depan delegasi Asean hokeyyy. Hah, nampakkan bertapa superbbb nya kami ni dah ala-ala profesional artis gitew. Hahahahaha. Padahal vokal akak hancur. Kalau disuruh menyanyi dah serupa itik nyila. Cmana bunyi itik nila. Korang cari ler sendiri.

 Penat dah akak menulis ni. Jom kite layan gambar je ler yea.

Ni 3orang mak dara yea. masing-masing dah kawin.
Yang tengah tu Kak Mek a.k.a Mak Hayammmss kami..!!

Yang comel dari kiri tu Syaz namanya. Comelkan dia?
Tapi sebenarnya dia tengah pregnant. Tu yang berseri muka tu.
Walaupun tengah sarat pregnant still berkampung dekat Dataran Rembau ni. Demi tugas mulia dan bakti pada negara. Perghhhh, bunyi macam patriotik gilerrss..
Walaupun mama buzy dengan menyanyi sana sini. Anak-anak ni sentiasa di hati. Dikendong ler sana sini. Mana mama da event situ ler mereka pun ada. No excuse. Walaupun ada anak. Tugas harus dilaksanakan. Ni wajah baru bangun tido si faiz. Belum sempat mandi lagi. Mama dah tinggalkan kitew nak pi koir.

Eh eh ada orang tangkap gambar kitew ler. Tapi si adik sibuk duk tengok lampu yang mengelip tu.

Si Faiz bermata moolattt.Bertelinga capang. But still cute.








Kalau masing-masing dapat bergambar mesti tak hinggat dunia. Cam-cam posing yea. Ni event Forum Asean ICT di Impiana Hotel KLCC. Walaupun penat masih tak hilang lagi berkampung 4hari di Dataran Rembau dan straight pula berkampung di Impiana Hotel ni. Tapi senyuman still terukir dibintang  dibibir.

 Says Cheese..!!!! :-) Peace yo..!









No comments: