Pesanan Penaja ^_^

14 Jan 2016

Ragam 1st day Fayadh & Fa'iz di sekolah

Alhamdulillah. Dah 14 hari berlalu di Tahun Baru 2016 ni. Baru ler terhegeh2 aku nak meng'update' cerita. Itupun sebab bos tak ada. Boleh ler curi2 masa cikit.

So di kesempatan masa yang ada ni rasanya tak banyak cerita yang aku nak kongsikan sebabnya situasi si Fayadh masih seperti biasa. Pagi2 bangun ok je segar bugar, happy-happy bangunnya tapi bila sampai ke class terus muka cembeng nak menangis. Mula ler nak buat drama airmata. Lakonan semata-mata je tu. Kang mama dan papa dah balik kang. Terus berhenti menangis.

Korang tak percaya ke??? Nanti aku kasi bukti ekk.

Aku dah selalu dah mengintai perangai si Fayadh ni dulu lagi. Bila aku hantar je ke taska tahun lepas. Mula ler dia nak buat cerita ntah apa2 kononnya sekolah tutup, cikgu balik kampung, badan tak sihat ler, jerebu ler, abang ngantuk ler. Macam2 alasan dia bagi untuk tak nak dihantar ke taska. Tapi aku keraskan hati. Aku bia kan je dia menangis. Hantar gak ke taska tu dgn airmata Fayadh berlinang-linang. Tapi lepas je aku anta dia. Aku tunggu jap dekat luar taska tu dalam 10minit untuk tengok reaksi dia. Dia menangis lagi ke tak?

Ermmm. Hampeh betul. Dia dah tak nangis pun. Tapi sendu tu ada lagi. Kadang-kadang aku tgk dia siap boleh gelak-gelak lagi main dengan kengkawan. Bertuah punya anak. Kecik-kecik lagi ko dah pandai meng'Auta' mama yea. Ikut perangai sapa ni? Hahhahhaah Cam perangai aku je tu.. Wink wink wink

Kalau dulu Fayadh di Taska INFRA. Kali ni 1st day Fayadh di Tadika Kemas INFRA pulak memang dia menangis. Maybe suasana baru kot. Tempat baru. Kerusi meja baru. Undang-undang baru. Cuma kengkawan still yang lama dan ada gak kawan2 baru. Cikgu-cikgu pun baru.



Semangat Tahun Baru ni. Kasut baru. Baju baru. Beg sekolah baru. Semuanya baru. Walaupum anak baru 4thn je pun tapi alasan nak bagi semangat kan. Mama beli gak ler kelengkapan sekolah untuk dia. Simple dimple je.

Muka pun ada ceria kan. Feel hari pertama ke sekolah. Happy..!


Tu dia muka adik Fa'iz tak mengerti apa2. Yang dia tau kalau mama pakai tudung tu mesti nak bawak dia jalan2. Hehehe Tapi kali ni anggapanmu dik salah hokeyy. Hari ni kita tak ke rumah nenek ye. Jom mama hantar ke taska.


Tengok pic ni. Sayu hati tertiba. Rasa macam baru semalam melahirkan si Fayadh ni. Rupanya hampir 4tahun masa berlalu dah.



Bapak penyanyang. Bapak bertanggungjawab. Cool. Incik Padil and kidz.



Betul tak apa aku cakapkan tadi? Pagi2nya ceria bangun tido. Sampai sekolah gaya gini ler muka dia. Muka lempeng basi. Menangis hari2 sampai sekolah. Pening mak jemah fikirkan nya. Sebelah dia tu bestfriend Fayadh. Zafan namanya. Dia ler yang selalu memujuk Fayadh menangis.



Tadika Kemas ni je memang pelajarnya dari usia 4tahun, 5tahun dan 6tahun. Sebab tadika area pejabatkan. Kebiasaannya Tadika Kemas bermula 5thn dan 6thn je. Silibus pembelajaran pun sama seperti tadika-tadika lain. Cuma silibus 4thn ni tak ler straight sangat. Waktu class pun dari pk8 pagi hingga pk12 tghari. Ada jadual pembelajaran jugak. Petang Fayadh transit di tadika ni juga sementara menunggu mama amik petang. Makanan dan tempat tidur semua di sediakan oleh pihak sekolah. Mudah ler kerja mama tak perlu nak jemput dan berangkut sana sini.

Seminggu dua ni aku check beg Fayadh still xda homework. Maybe blom diberikan buku lg kot. Bila ditanya fayadh buat apa dekat sekolah. Jawapannya Fayadh main dgn kawan2, nyanyi-nyanyi, baca ABC, 123. Ok ler. Balik rumah pun. Macam2 report cerita hal sekolah Fayadh cerita kan. Kadang2 tak larat nak melayan nya. Ada improvement.



Ni wajah ceria Fayadh selepas 30minit papa dan mama hantar dia. Ni gambar ehsan kawan aku sendiri. Dia yang tolong tangkapkan gambar ni. Kalau tadi dia menangis. Lepas tu gaya gini muka dia. Nampak tak ceria dia. Aku dah kata dah. Fayadh pandai berlakon depan mama dan papa. Konon mintak simpati ler jangan hantar dia ke sekolah.. Puikkk tak ada makna semua itu. Semua wajib ke sekolah hokeyy.

Si Fa'iz plak lain ceritanya. Kalau dulu nenek yang menjaga dia. Dah terbiasa dgn susana kampung. Tahun ni Fa'iz aku hantar ke Taska INFRA sebab memudahkan aku menghantar dan menjemput diorang. Walaupun Fa'iz baru berusia 1tahun 1bulan dan boleh dah berjalan. Tapi atas kuota pelajar 2tahun untuk tahun 2016 Fa'iz boleh dh masuk sbb tahun ni pun dia akan masuk usia 2tahun cuma dia lahir hujung tahun. Tu yang sukar sikit nak mengajar Si Fa'iz ni. Dia pun diantara orang yang kecik di sini dan tak pandai berdikari lagi. Makan pun still cikgu suapkan dan tak pandai bercakap. Waktu tidur pun still tak teratur lagi. Kanak-kanak lain belajar dia nak tido. Orang tido dia bangun mengacau kanak-kanak lain.

Yang bagusnya taska ni yang aku suka semua budak di ajar berdisplin. Makan sendiri. Waktu bermain, belajar dan tidur yang tetap. Mampu mengajar anak2 lebih berdikari. Tapi memandangkan Fa'iz terlalu muda berbanding kawan2 seusia dia. Fa'iz asik nak berdukung dgn semua cikgu dia. Hilang je cikgu dia mula ler nak menangis. Lepas satu satu cikgu dia dera suh dukung dia. Sampai cikgu tak boleh nak buat apa2 kerja.

"Dik oitt. Ni bukan rumah nenek ekkk yang ko nak berdukung je." Kecian tecer2 ko dera.

Maybe dia rasa tak selamat kot. Tu yang asik nak berdukung 24hours.

2ari je aku anta ke taska. Bila tengok Fa'iz asik nak berdukung je sampai tecer2 pun naik letih mengdukung dia. Semua kerja tecer tak boleh nak buat aktiviti. Jadi atas inisiatif aku sendiri sebab tak nak gara2 anak aku yang tak ngeti apa2 lagi ni sampai menganggu pembelajaran anak-anak orang lain. Aku buat keputusan untuk masukkan Fa'iz ke Daycare INFRA buat sementara waktu ni. Bia ler dulu Fa'iz membiasakan diri dulu berkawan dgn baby2 yang usia bawah setahun ni. Esok lusa dia dah usia 1tahun 6bulan dan ok sikit baru hantar kembali ke Taska.

Jadi di Daycare ni Fa'iz di jaga oleh pengasuh bernama Ummi dan staff lain jugak ler. Tu pun still silih berganti dia berdukung dgn Ummi. Hilang Ummi mula ler dia menangis. Dekat Daycare ni tak ada undang2 khas. Teragak baby nak tido. Diorang tido kan. Lapar bagi makan. Tak ada jadual yang tetap contoh pk10 wajib semua makan. Pk12 wajib semua tido. Tak ada ekkk. Tak ada jadual. Semua ikut mood kanak-kanak tu sendiri.

Alhamdulillah. Walaupun pagi2 Fa'iz still menangis bila dihantar ke Daycare. Tapi nampaknya perut dia semakin membuncit. Asik makan je. Bak kata pengasuhnya cakap. "Fa'iz asik makan je. Bubur baby pun dia bedal."



Ni ler perangai Fa'iz asik nak menempek je dengan Ummi. Bagi Fa'iz ummi ni macam nenek dia ler. Sebab serupa dgn nenek dia. Tengok ler perut Fa'iz yang semakin buncit tu. Sampai baju pun tak muat dah nak kancu butang. Nampaknya kena beli lagi baju baru untuk dia.


Maaf ler. Tak banyak gambar Fa'iz sbb dia bukan jenis photogenik. Susah nak amik gambar dia. Berlari ke sana sini. Kalau Fayadh photogedik. Hhaahahahah

Sekian.

No comments: