Pesanan Penaja ^_^

15 Apr 2016

Bali : Part 3 Riview Tune Hotel

Entry sebelum ini.....

Hai

Kenapa kak MB buat pilihan bermalam di Tune Hotel?

Firstly ia berdekatan dengan Airport Ngurah Rai di Denpasar. 10minit je dari airport ke Kuta.

Second akak just nak bermalam sahaja. Siang harinya dah pack dengan aktiviti perjalanan. So jangan membazir duit. Hari kedua baru akak check-in hotel di Jimbaran.

Third lokasi hotel ni pun kira strategik berdekatan dengan Pantai Kuta, pusat membeli belah, pub Hard Rock Cafe dan pusat karoke beserta tempat makan yang sangat mudah dicari dengan berjalan kaki je.


Keadaan kawasan sekeliling hotel ni tak ler seperti di Malaysia. Terurus dan teratur kedudukan bangunannya. Bangunan di Bali lebih kepada kawasan dia dilorong-lorong tapi bersih. Masuk lorong sini baru jumpa hotel. Pada mulanya pun akak terkejut ler kenapa Pak Supir ni bawak akak ke lorong ala Lorong Haji Taib je. Rupanya Tune Hotel ni berada di situ. Kang masuk lorong lain pula jumpa Spa.. Jumpa kedai2 sovenier.. Jumpa pub...Keadaaan kedai diorang lebih kepada lorong2 kecik. Kenderaan yang lalu dilorong ni pun hanya satu hala sahaja. Agak jem juga ler.

Masa akak book Tune Hotel ni dia ada beberapa jenis bilik yang boleh customner buat pilihan. Cuma towel dan toiletiries kena bayar. Ada gak sesetengah Tune Hotel dia provide breakfast. Tapi Tune di Kuta ni tak ada breakfast yea.


Ni view gambar dari muka pintu masuk. Bilik ni agak kecil jugak ler. Kalau setakat nak bermalam berdua. Rasanya ok je. Tapi kalau nak bermalam dgn ada anak sangat tak sesuai. Kecik. Luggage akak pun dah full area depan katil tu. Toilet pulak bagi akak ok dan bersih. Siap ada hair dryer.


Harga semalam Rp 448,000. Kalau budget travel. Sesuai ler menginap disini.

Kak MB bagi 3/5 atau 3bintang.

No comments: