Pesanan Penaja ^_^

15 Apr 2016

Bali : Part 3- Tune Hotel & Restoran Kopi Luwak

Tune Hotel & Restoran Kopi Luwak

Entry sebelum ini...

Assalammuallaikum semua.

Hai, akak dah sakit tekak ni. Perit. Maybe tak biasa dgn cuaca di tempat baru kot. Hahahahha. Panas di Bali memang agak perit ler waktu tu.

Sampai je di airport terus Pak Supir bawa Kak MB gi beli Sim Kad. Namanya Sim-Pati. Kalau nak beli. Memang corfirm beli punya sebab rasa SIMPATI pada penjual tu. Yang jualnya kanak-kanak sebaya umur 12thn ke 14thn kot. Kecian beb. Kecik-kecik lagi dah bekerja. Hihihihih. Harga pun lebih kurang dalam RM 8 kot. Isianny ada dalam RM5. Akak topup gak ler dalam RM30 nak call si Fayad setiap hari.

Yang Kad Merah tu ler sim kad Sim-Pati.
Punya ler panjang nombor fon nya.

Setle semua urusan. Kak MB awal-awal bagitau Pak Supir ittinerary tempat mana yang akak nak pergi sebabnya akak dah dipesan dek sahabat IG @marini. Sila bagitau Pak Supir awal-awal tempat yg aku nak gi. Kang dibawanya tempat yang tak best. Kira rugi ler. Sebab di Bali ni antara satu tempat ke tempat yang lain agak jauh juga. So perjalanan kena dirancang melainkan kalau akak stay lama boleh ler berjalan santai2 cover semua tempat. Ni 4hari je. Takut tak sempat. Lagipun sebelum ke Bali pun akak MB dah buat research cikit tempat yang menarik menjadi tumpuan pelancong pergi.

Sebelum akak MB (Mira Bechok) teruskan perjalanan moh kita check-in dulu Tune Hotel di Kuta yang dah akak book dari Malaysia lagi. Separuh pembayaran telah dibuat secara online dan bakinya dilunaskan sebelum check-in.

Convert Nilai Wang Feb 2014 : Rp 10,000 = RM2.70

Harga untuk 1hari/1 malam di Tune Hotel ni berharga Rp 448,000. Convert duit Malaysia time tu dalam harga RM121 ler. Akak hanya menginap semalam sahaja. Sebab seharian ni akakNext day baru menginap di hotel yang betul-betul untuk berbulan madu punya. Wink wink wink. Klik untuk Review Tune Hotel.

Best tau bila datang ke Indonesia ni. Kita boleh jadi macam orang kaya raya. Hahahahah.

Ibarat macam ini tempat ana yang punya. Lai lai lai. Ada driver. Boleh arah kemana kita nak pergi. Ada penginapan 5 star siap private pool Sdn Bhd. Kalau di Malaysia jangan bermimpi iye. Sedia duit ribu-ribu baru boleh menginap di hotel private pool. Ada spa full body yang murah tapi tip top cap Kacang Ibu Jari. Kalau di tempat kita corfirm beratus harganya.

Hotel mana menjadi pilihan akak untuk Honeymoon. Nanti akak bagitau entry lain yea.

Kebetulan waktu akak nak check-in ni pun dah pukul 3 petang dah. Perut pun dah bernyanyi-nyanyian pelbagai irama. Penat dalam flight pun tak hilang lagi. So pk4 Pak Supir akan datang balik pick up kami. Dalam masa sejam ni jom ler kite makan dulu bekalan McD yang telah ditapau dari LCCT tadi.

Sebelum naik ke bilik cari plak Panadol dulu. Tak jumpa Panadol. Badan akak MB dah mula rasa nak demam. Sekejap sejuk sekejap panas. Incik Padil rasa suhu di dahi macam panas tapi akak rasa macam sejuk. Tekak je dah makin perit. Aduhaiii. Bekalan ubat tak bawak plak tu. Nasib baik bahagian reception Tune Hotel ni ada ala2 7E. Jumpa ler ubat ala2 Panadol. Tapi tak dipanggil Panadol cuma sesuai utk orang demam ler. Boleh ler kasi telan 2biji.

Akan datang dari jauh semata2 nak lepak di bilik. Oh no no no. Mira Bechok kena kuat. Sekuat suara dan selaju mulut yang mengomel. :-)


Kenapa akak pilih penginapan di Kuta?

Sebabnya di sini bedekatan dengan Pantai Kuta iaitu kawasan pelancong untuk ber'surfing'. Kalau duk di Tune Hotel ni boleh jalan kaki je 10minit ke pantai. Lagipun area sini banyak tempat makan, pub dan shoping shop. Harga pun agak boleh tahan ler. Akak tengok orang-orang disini pun santai-santai je. Sambil ronda-ronda amik angin naik moto atau speda yang disewakan... Sambil makan lepak2 sambil dengar live band..... So sesapa kaki shoping sini pun boleh shoping ada masa lagi jalan2 dan survey harga yang berpatutan dgn poket masing-masing.

Tepat pk4 petang Pak Supir dah terconggok dekat Lobby Hotel. Baguihh. On time. Kali ni dia nak bawa akak pi minum air Kopi Luwak dulu yang sangat terkenal di Bali dan termahal di dunia. Yea ke mahal? Apa istimewa kopi ni sampai harganya mahal ek?

Hasil cerita yang Kak MB tau mengenai Kopi Luwak ni ia di dapati melalui najis seekor musang yang dipanggil Luwak yang memakan kopi ni. Bila musang ni yark yark (berak). Biji kopi yang dimakan ni akan keluar seketul seketul seperti sebelum dimakan lalu ia dipanggang tanpa minyak dan ditumbuk serta diproses menjadi kopi.

Tu je ceritanya ke???

Iyo ler. Ni sumber yang pak supir tu cerita kan. Cuba ler korang google plak kisah sejarah silam Kopi Luwak ni.

Area Kedai Minum Kopi Luwak ni akak dah lupa nama tempatnya. Tapi perjalanannya amik masa 15minit gak ler dari Kuta. Sebelum akak dihidangkan Air Kopi Luwak. Akak di hidangkan dulu 8jenis air kopi dan teh yang dihasilkan dari tanaman mereka sendiri seperti lemon tea, ginger tea, ginger coffea, ginseng coffea, chocolate coffea, pure coffea, vanilla coffea dan Bali coffea. Tanaman ni diusahakan bersama penduduk setempat.

Sumber : Google

Pening akak nak minum mana satu dulu ni. Nasib baik dia hidangkan dalam cawan yang kecik je. Selepas tu baru pelayan bawa Kopi Luwak untuk akak rasai.


Harga secawan Kopi Luwak Rp 50,000/ RM15. Kalau beli peket belakang tu harga Rp 100,000/ RM 30. Nak minum kopi ni pun ada caranya bukan macam kita minum kopi McD tu tau. Kopi Luwak ni diminum dengan gula merah Melaka dan dikacau dengan kulit kayu manis. Rasanya pahit,manis, kelat. Bak kata owner kedai ni. Lepas bapak dan ibu minum pasti badannya terasa hangat giteww. Kalau bapaknya berhoneymoon sangat bagus untuk kesihatan lelaki sambil ditunjukan cap bagus ibu  jari. Pastu senyum jahat duk jeling akak. Apehal. Ngenkkkkk betul.

Selesai membeli sebungkus Kopi Luwak. Jom kite ke destinasi seterusnya.

Ke mana??? Kita ikut mana Pak Supir nak bawak kita. Jam sudah pkl4.45 ni. Magribh pk6 petang macam waktu Sabah. So nantikan next destination. Bersambung.......

No comments: