Pesanan Penaja ^_^

12 Apr 2016

Hebatnya Car Booth Sale di Tasik Chempaka Bangi


Assalammuallaikum semua.

Aduh, sakitnya mata ni..!!

Sakit mata duk tengok banyak barang yang tak digunakan terperuk dalam stor. Mana nak dicampakkan semua barang2 ni yea?

Situasi yang selalu berlaku. 

Situasi A : Sayangnya nak buang barang-barang ni semua. Simpan dulu ler.

Situasi B : Barang-barang ni elok lagi. Simpan dulu nanti adik-adik dia boleh gunakan kembali.

Situasi C : Simpan dulu barang-barang ni. Kita nak sedekahkan. Tapi 10tahun masa berlalu tak pi sedekahkan pun.

Korang biasa tak alami keadaan macam ni?

Kalau akak ni besa berlaku. Dek kerana sayangkan barang dan simpan punya simpan. Hampir penuh stor dibuatnya. Siap bersawang. Berhabuk. Kalau tikus duk dalam stor ni pun corfirm tak bernafas.

Fikir punya fikir. Bagaimana ler aku nak kasi clear segala barang kepunyaan si anak, si suami hingga barangan diri sendiri ni? Bila dikira2 balik. Subahanallah. Hampir 3box storage semuanya. Siap terperuk bouncer dan stroller disitu. Pakaian yang dah tak muat gara-gara kain mengecut. Hikhikhik. Barangan hadiah masa kawin pun ada lagi. Ada yang dah dipakai dan ada juga yang masih belom terusik dari plastik pun ado.

Jom cepat kita google tengok mana Car Booth Sales (CBS) yang berdekatan dgn area Bangi.


Tup tup yeahhh dah jumpa. Kipidap, mira..!

Korang tau tak apa itu Car Booth Sales?

Ikut pemahaman akak ler. CBS ni dulu sebenarnya lebih dikenali sebagai Pasar Karat. Barangan jualan pula terdiri daripada barangan yang dah terpakai. Ala-ala bundle ler ni. Harganya pun jauh lebih murah dan elok lagi.

Kalau berniaga ikut style ni tak perlu nak bukak meja atau payung atau khemah. Just open your booth kereta je pun dah boleh buat bisnes. Sangat mudah nak cari duit tepi. Sapa yang pakai kereta MPV lagi ler senang. Boleh angkut banyak barang dan boleh tumpang berteduh sekali.


Hah, nampak bukti bertapa sonang eihh nak berniago caro ni? Tak payah bermejo-mejo. Payung pun tak yah. Penyidai baju pun boleh sumbat dekat situ.


Sambil-sambil tunggu pelanggan. Jom darling kiter berselfie dulu. Wink wink wink.

So apa tunggu lagi? Moh cepat kita call tanya pihak penganjur apa syarat-syarat yang dikenakan kepada ahli yang nak join CBS ni. Lagi cepat call. Lagi cepat kasi clear ini barang. Lagi mudah akak nak buat operasi membersihkan rumah.

Sesapa nak join Car Booth Sale Bandar Baru Bangi boleh telefon Brother Ahmad 016-8673101 buat booking. CBS ni diadakan di Taman Tasik Chempaka area berdekatan Bangi Sentral dan Bangunan PKNS. Landmark adalah McD Bangi yea. Waktu operasi adalah setiap minggu iaitu ada 3 sesi. Sesi Sabtu Pagi (8.00 pagi-12 tghari), Ahad Pagi (8.00 pagi-12 tghari) dan Ahad Petang (3.00 petang-7.00 malam).


Apa barang yang boleh dijual?

Korang boleh jual barangan kering sahaja tak kira barangan lama mahupun barangan terpakai asalkan BUKAN makanan dan minuman tau. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM20 untuk satu tapak termasuk  permit CBS, lesen peniaga dan sewaan tapak. Cara bayaran boleh Bank-In terus kepada No Account yang akan diberi oleh pihak organiser. Murah kan? Pihak penganjur jugak telah berdaftar dgn MPKj. So tak perlu risau yea.

Untuk pertama kalinya akak join CBS ni memang menyeronokkan. Banyak barangan Preloved yang murah-murah dan cantik boleh di dapati. Kalau ada yang nak cari barang mainan anak yg Preloved pun ada dijual disini tau.



Ni antara barangan yang sempat akak jual. Harga pun tak mahal.


Kalau baju-baju semua akak jual dgn harga RM 5-RM 20 dan tudung/shawl RM 2. Laku tau. Ramai yang serbu gerai akak yang naif ni. ^_^

Bye bye baju kebaya kuning ku ketika usia ku 15tahun lagi.
Jual harga RM 10 je..
Time ni saiz pun SS je. Laa ni saiz M dah.
Cutting dari 32 jd 38 dah.. Hahahhaha

Pilih kak. Jangan tak pilih. Murah-murah ni.
Walaupun harga dah murah. Tapi still nak tawar menawar gak tau.
Alahai customer oh customer.

Kalau korang rasa nak tambah pendapatan sampingan. Ini salah satu cara korang boleh dapatkan duit tambahan. Sambil membersihkan rumah sambil mengosongkan barangan yang tak digunakan lagi sambil menambah pendapatan. Ok what cara ni? Lepas ler duit minyak kereta dan duit pasar seminggu.

Habih dah akak let go segala barangan si Fayadh dan Faiz masa kecik. Stroller dan bouncer pun akak jual.

Eh eh nanti ada adik nanti nak kena beli lagi?

Kalau cerita pasal adik baru ni. Insya Allah tak ada lagi kot buat masa terdekat ni setelah di Pasang Implan. Hehehe. Sok time ada adik tu Fayadh pn dah 7tahun dan Faiz pun dan 5tahun. So stroller dan bouncer tu sama usia dgn Fayadh. Alang2 nak tunggu 3tahun lagi takut semua barang tu rosak sendiri. Jadi jom kita jual.

Lai lai lai.. Tudung/shawl murah-murah RM 2-RM 1
Bouncer RM 40.
Yonanas mesin RM 20.
Setelah berpanas 4jam. Akhirnya nampak ler surut sikit barangan jualan ahkak ohkeyy..!!
Ni gambar 1 jam sebelum tutup kedai.
Gambar last lupa plak nak amik.
Apa2 pun baju kuning akak 3helai habis terjual.
Mesin Yonanas pun terjual.
Bye bye bouncer dan stroller bersama tuan yang baru. Tudung Aj pun laku.
Alhamdulillah. Rezeki kurniaan Ilahi. Semoga lebih diBerkati. Amiinnn


No comments: