Pesanan Penaja ^_^

6 May 2016

Bali : Part 5 - Ubud, Temen Village & Tanah Lot

Ubud, Temen Village & Tanah Lot

Entry sebelum ini....

Wah, banyak lagi cerita Kak MB di Bali yang nak di kongsi kan dgn u'olls.. Harap-harap korang tak boring ler membaca yea. Entry ni pun dah ke part 5 padahal ceritanya baru hari ke-2 di Bali. Ada 2hari lagi cerita yang nak akak tulis..... Sabar ler mak jemah nengok kan nya..

Ok ler. Lepas je makan dan solat. Moh ler kita teruskan perjalanan kita ke Ubud pulak.

Di Ubud ni memang tak jauh sangat tempatnya dari Kintamani. Pejalanan nak ke sini pun hanya amik masa 30minit kot.

Apa best di Ubud ni? Kenapa beriya sangat nak ke sini?

Hahahahhaha.. Sebab dia ada padi...

What Padi????? (Aicehhhh konon2 terkejut speaking London) :-p

Ekeleh, apasal korang terkejut??? Mesti korang fikir dalam kepala hotak tu setakat padi je pun besepah dekat Malaysia ni kan..... Nak sangat tengok pi je ler dekat Sabak Bernam ke atau ke Kedah ke.. Berlambakk sawah padi.

Helloooo.... Ni sawah padi lain dari yang lain tau. Tempat dia cantik. Tak sama dgn negara kita.


Hah hah hah, cer tengok.. Cer tengok.. Cer tengok gambar-gambar ni. Cantik kan??? Ni padi baru nak tumbuh. Dekat Malaysia kalau jenis padi macam ni dipanggil Padi Huma. Tu pun kena pergi Sabah Sarawak kot ada padi jenis ni.

Jadi akak tersangat excited ler nak tgk camana padi ni diorang tanam kan??? Yea ler. Dekat Malaysia mesti ada air utk tanam padi.. Tapi ni lereng-lereng bukit. Mana nak dapat air nya??? Boleh hidup ke padi tu tanpa air???

Amboi, banyak sangat persoalan di situ...


Kalau padi dah mengemuk dan menyubur. Camni ler pemandangannya. Mesti cantik ditambah padi tengah menguningkan. Tapi apa2 pun akak sgt teruja di Padi Terrrace, Ubud ni.
  • Harga tiket masuk ke Padi Terrace, Ubud Rp5,000 seorang.
Ni info utk korang ekk di Malaysia kalau pesawah besanya akan ke sawah waktu pagi dan tengahari baru balik kan tapi di Bali orangnya akan ke sawah dari pagi hingga petang. Yang bersawah hanya kaum wanita sahaja. Yang kaum lelaki duduk rumah. Kata Pak Supir, di sini kaum wanitanya di anggap ketua keluarga. Wanita harus mencari nafkah untuk suami manakala suami duduk dirumah menjaga anak-anak.

Pulakkkk dah... Ermmm dunia semakin terbalikk dah.

Pendapat Kak MB ler kalau sawah jenis macamni tak panas sangat sebab ada banyak pokok disekelilingnya. Tak sunburn kulit. Berbeza sawah di negara sendiri. Buat rumah di tepi2 sawah ni pun mesti best kan? Bangun je pagi-pagi bukak pintu nampak sawah. Nak mandi pun sejuk. Ubud ni kebanyakan penduduk masih lagi menggunakan sistem air perigi. Nan hado paip..


Sapa kata sawah padi ni tak guna air? Hihihi.

Sebenarnya Padi Terrace Ubud ni guna air gak cuma kuantiti airnya tak sebanyak sawah padi di Malaysia yang siap ada tali air atau bonda orang panggil.

Ok ler. Puasati dah dapat tengok padi walaupun hanya 40minit sahaja di sini. ^_^.

Selepas ni kita nak ke Kilang Coffea Luwak di Temen Village pulak. Kalau semalam Kak MB hanya minum aje kopi nya. Tapi hari ni jom kita buat rombongan cik kiah ke kilangnya pula yea.


Korang nampak tak makhluk yang mngintai korang dari kotak hikmat tu????? Bahahahah.

Muncung dah macam cencurut plak Kak MB tengokkan. Tapi dia bukan tikus.. Bukan musang... Memerang pun bukan....

Hah itu ler Luwak. Binatang yang memakan biji kopi dan di yakkk yakk kan kembali lalu diproses menjadi serbuk kopi.

Sorry ler.. Gambar tak berapa nak jelas. Sebab binatang ni dalam pagar. Jap dia munculkan diri jap dia menyorok. Macam malu2 kucing plak dia nak menonjol kan diri. Tau ler nak masuk blog sendu akak kan.



Nah amik.. Clear tak gambar ni? Sumber Google ekk.. Akak nak tunjukkan ni ler wajah tampan Si Incik Luwak yang suka makan biji kopi tu. Yang menyebabkan Kopi itu jadi mahal kata pak supir. Kalah dah Kopi Brazil atau Kopi Arabica.




Ni adalah cara pembuatan Kopi Luwak. Biji kopi yang telah di yakk yak dek si Luwak tu diambil dan dibersihkan lalu di panggang/ digoreng tanpa minyak dengan kuali tanah. Kuali tu walaupun ada api dibahagian bawahnya tapi ia tak panas. Boleh dipegang kuali tu.


Tu gambar atas poyo je lebih. Hihihii Jangan lupa. Sekali datang harus bergambar sebagai kenangan.




Selepas kopi siap di goreng baru ler boleh ditumbuk-tumbuk sehingga hancur menggunakan benda alah tu dan baru boleh di packing cantik2...

Memandangkan semalam dah minum Kopi Luwak. Jadi hari ni tengok2 je ler yea. Tak larat dah nak minum kang malam panas lagi badan akak dibuatnya. Hikhikhik

Dah tau kan cara bagaimana Kopi Luwak dibuat??

Lepas ni jom kita ke Tanah Lot plak. Apa ada di tanah kaya ni jom kita terjah..

Sesapa yang follow membaca blog akak ke Bali ni dari mula sampai ke hari ni memang tak ada lagi akak menyinggah mana-mana tempat untuk membeli souviner tau. Bukan tak nak membeli tapi tak ada yang berkenan. Pastu harga agak mahal.

Bak kata kengkawan Kak MB yang pernah datang ke sini. Jangan shoping dekat Kedai Krisna tu. Beli souvinear di Tanah Lot lebih murah daripada tempat lain. Walaupun Pak Supir nak ajak akak ke Krisna tu. Tapi akak cakap tak nak ke sana. Sebab nak shoping di Tanah Lot.

Jam di tangan pun dah pukul 3petang. Sepanjang perjalanan dari Temen Village, Kintamani ke Tanah Lot. Akak tengok banyak deretan kedai-kedai area Kintamani ni menjual barangan perhiasan rumah yang bercirikan kayu. Hasil lukisan pun banyak dijual di Kintamani ni. Cuma akak tak pasti harganya berapa. Pak supir cakap ramai juga pelancong yang datang akan membeli hasil2 lukisan ni dan boleh dibawa masuk ke airport. Ada juga yang sanggup membeli bingkai-bingkai cermin kayu dan beberapa barangan antik disitu. Tapi akak tak membeli pun. Malas nak berhenti.

Kami teruskan perjalanan lagi sampai tertido, terjaga, tertido balik dan berjaga semula. Eh tak sampai lagi ke?????Berpuluh kali tido.. Berpuluh kali terjaga... Tak sampai lagi???? (poyonya Kak MB padahal baru sekali dua ko tido dan terjaga kan. Jangan nak membongak)

Ermmm macam jauh je dari Kintamani ni nak ke Tanah Lot?? Almaklum ler Kintamani ni adalah kawasan yang tinggi bergunung manakala Tanah Lot pula adalah kawasan di persisiran pantai. Nak dekat 2jam perjalanan tak sampai2 lagi. Jadi korang kalau datang ke Bali. Buat ler perancanga perjalanan supaya tak membazir masa dan banyak tempat boleh di lawati semaximum mungkin.


Setelah berkematu punggung duk dalam van sampai tertido-tido. Akhirnya kami sampai juga ke Tanah Lot. Alhamdulillah. Dipermudahkan perjalanan. Sementara menunggu Pak Supir gi parking van dulu. Akak amik dulu gambar pintu gerbang Tanah Lot. Ni pintu luar je dulu. Nak masuk temui pulau yang berlubang tengah tu jauh lagi tau. Ni nak masuk pun kena bayar gak. Parking pun berbayar. Tak ado yang Free dekat sini.
  • Harga tiket parking Rp5,000/ RM 2
  • Harga tiket masuk ke Tanah Lot Rp10,000 seorang/ RM 4

Masuk-masuk je dekat Tanah Lot ni. Kami di sambut dek deretan cenderamata yang berderet-deret. Memang banyak souvenir jual dekat sini. Hasil-hasil lukisan pelbagai corak dan unsur penceritaan pun ada dijual di sini. Sediakan je duit ekk. Harga pun tak ler mahal mana. Kira mampu beli ler. Standard harga-harga baju di Langkawi.



Kak MB masih tak membeli lagi. Cuci-cuci mata dulu. Kang time balik baru ler mnyinggah kasi cuci wallet sekali. hahaahahaha. Bunyi mcama nak memborong banyak je tu.



Dari pintu masuk nak ke pantai ni memang jauh. Hujung penghabisan deretan kedai cenderamata tu baru nampak pintu gerbang kedua. Nak dekat 15minit berjalan baru sampai ke tepi pantai ni. Mengah Kak MB nak berjalan dah. Almaklum ler seharian kaki berjalan. Naik lengguh dah ni. Tapi ekcited tetap ada sebab nak tengok pulau berlubang tengah tu punya pasal. Kerah kan ler tenaga kaki untuk melangkah jua. Hikhikhikhik.



Hah ni ler pulau batu berlubang tu. Hahahahah

Sebenarnya dia dipanggil Pura Tanah Lot. Dekat sini pun ada pertunjukan Kecak Dance gak. Tapi pak supir cakap Kecak Dance Tanah Lot tak sebest di Uluwatu.

Time Kak MB sampai sini dah lewat petang juga. Dalam pukul 5 kot sampai di Tanah Lot ni. Waktu ni air tengah surut. Jadi nampak ler keadaan sebenar Pura Tanah Lot ni ketika air surut. Ramai betul pelancong dekat sini.

Tapi hati-hati yea berjalan meniti batu-batu ni sebab ia sangat licin. Kata pak supir sebelum kami ke sini sebenarnya ada satu pelancong mati disini angkara tergelincir dari batu lalu jatuh ke laut dan ketika itu air tengah pasang. Jadi mati lemas ler dia..

Ohhhh, kok gitu ceritanya...


Aicehhhh, fefeling romantik lak.. Mentang-mentang anak tak ada kan. Boleh ler berdua sat bercinta dulu. Kalau depa ada.. Hang tok sah mimpi nak lagu ni nok.... ^_^


Ni gambar waktu air surut. Memang ramai orang akan menyeberang laut ni untuk naik ke Pura Tanah Lot atas tu. Tapi akak tak pergi pun sebab hanya ada kuil je. Malas ler nak ke sana.


Tapi kalau air tengah pasang. Ermm gambarnya bergini. Ni semua gambar sumber dari Google yea. Tak ada akak nak tunggu der sampai air pasang. Kalau air pasang ombak di sini sangat besar dan mengganas. Sangat bahaya untuk kita suka suki menyeberang ke situ. So jangan nak memandai-mandai menyeberang ekk.

Ok ler. Penat dah berjalan seharian. Jom kita shoping plak cikit buah tangan untuk si buah ati yang dtitinggalkan di Malaysia. Key chain untuk sahabat ofis. Baju-baju cikit untuk mak, abah, famili mertua cikit. Tak lupa gak untuk si fayadh anak comel mama ni. Mama belikan I Love Bali ekkk. Lepas penat bershoping. Jom kita ke Jimbaran plak. Check-in hotel.

Bagaimana view hotel yang Kak MB nak check-in untuk malam kedua di Bali ni???

Tungggu.. Sambungannya yea... Bersambung......

No comments: