Pesanan Penaja ^_^

10 May 2016

Bali : Part 6 - Riview Bali-Baliku Luxury Villa, Jimbaran

Riview Bali-Baliku

Entry sebelum ini....

Hai semua.

Kalau semalam Kak MB check-in di Tune Hotel di Kuta. Hari ni seharian penat dah berjalan. Kalau dapat tilam dan bantal ni sangat ler heaven dibuatnya. Corfirm tertido sampai ke pagi.

Apa-apa pun perjalan Kak MB hari ke-2 di Bali masih belum selesai lagi. Lepas puasati dapat shoping sikit souvinier untuk sahabat dan family. Kami bergerak ke Jimbaran pulak.

Orang cakap Jimbaran ni syurga makanan seafood. Kalau tekak terasa nak makan ala-ala bakar membakar disini adalah tempatnya. Cuma banyak riview yang akak baca berkaitan seafood di Jimbaran ni menyatakan makanannya tak sedap dan harga pun agak mahal juga. Maybe cara masakan diorang tak kena dgn tekak orang Malaysia kot. Almaklum ler di Malaysia kan hebat dgn makanan seafood yang dibakar. Nak-nak lagi Ikan Bakar Umbai ke.. Ikan Bakar Terapung ke... Ikan Bakar Parameswara ke.. Memang marvelous siap jilat jari lagi tau... Sedap yang amat..

Jadi hotel di Jimbaran ni Kak MB pilih bukan sebab medan ikan bakarnya tapi disebabkan hotel ni berdekatan dengan Pantai Jimbaran hanya berjalan kaki selama 5minit je. Tak jauh... Boleh fefeling jalan-jalan tepi pantai sambil tengok sunset... Suweeettt sangat.. Hahhahahah

Harganya pun tak mahal hotel yang bakal akak menginap ni sebab akak nampak da offer di Groupon.. Harga yg munasabah utk 3 malam bagi yg nak berhoneymoon berbanding harga di Malaysia.

Berapa harganya??? Nanti akak bagitau yea. Nak kata murah pun tidakk..nak kata mahal pun tidakkk.. Sebabnya akak tak pernah gi hotel gaya gini. Tapi hasil pengalaman akak dgn layanan yang pihak hotel ni beri boleh dikatakan 5 star ler.. Sebab ni adalah pakej ala-ala honeymoon.. Tapi tak 100% pakej honeymoon ler. Kalau termasuk candle light dinner. Maybe harga menjadi lebih mahal kot.

Jom kita check-in dulu Hotel Bali-Baliku Luxury Villa. Nanti Kak MB riview best ke idak hotel ni.
First time Kak MB tengok gambar ni dalam website groupon akak terus jatuh cinta rasanya... Yea ler.. Awokkk tak pernah menginap hotel gaya gini kan tapi di Bali dapat ler merasa.


Bak kata someone blogger ni. Kalau kita nak percutian ala-ala gaya orang kaya yang siap berdriver dan berswimming pool peribadi ni boleh ler dtg ke Indonesia. Mana-mana tempat menarik di Indon ni boleh korang jelajahi dgn bergaya siap driver skali maybe sebab nilai duit diorang murah kot berbanding negara europe atau negara asian lain. (agaknya kot....)

So harga bilik untuk 3D 2N di groupon adalah RM1200/ couple... Tapi bila Kak MB call terus ke hotel ni. Diorang bagi harga special ler iaitu Rp2,100,000 = RM580 semalam (Current Change RM2.70). 

Total harga 3D 2N Rp4,200,000 = RM1160 inclued
  • FREE Welcome Drink
  • FREE Fruit
  • FREE 2x Breakfast
  • FREE 2x Evening Tea
  • FREE Transport Airport
  • FREE Transport Around 1Day in Bali
Mahal ke murah ekkk? Ntah ler akak tak tau nak describe harga mahal ke tak ni kena depend for your money gak ler. Ada org cakap murah.. Ada orang cakap mahal.. Apa-apa2 pun ni sekadar berkongsi pengalaman sahaja BUKAN untuk menunjuk-nunjuk yea. Sila maklum awal-awal tue.

Sampai je di lobby hotel ni. Akak di sambut dek penyambut tetamu dgn secawan teh (welcome drink). Selepas tu setlekan bayaran baki duit penginapan dan baru kunci diberi. Hotel ni akak dah book dari Malaysia lagi sebulan sebelum pergi dengan 30% deposit.

Setle bayaran dan kunci dah dapat. Kak MB tak sabar dah ni nak tengok bilik yang akak minta deco kan ala-ala honeymoon. Hahahahaha. Badan dah penat ni.. Nak kasi layan mata Zzzzzzzz berdengkur sampai pagi...

Ermmm honeymoon apa ni asik tido je? Hahahahaha.

Ok sila angkat beg masing-masing bawa ke bilik yea. Tapi baru nak angkat beg. Minah receptionist ni panggil Kak MB balik. Rupanya dia nak tanya "Ibu, nak sarapan ni mana esok? Maun dihantari ke bilik atau maun dimakan di Cafeteria aja?"

Memandangkan ni percutian ala-ala honeymoon. Nak merasa gak ler perasaan makan dibilik ala santapan puteri raja. Bila bangun dari tido. Wah sarapan dah siap.. Air mandian dah tersedia... Spa di bilik sendiri.. Ada private pool.. Wah, mesti syokkk kan...

Incik Padil waktu ni tak cakap apa2 pun sebabnya dia masih tak tau bilik bagaimana rupa yang akak book ni.. Nak surprise ler kononnya ni....

Tapi sebelum tu korang mesti tertanya2 kan. Makanan apa akak oder di Bali ni? Halal tak?

For your information. Akak memang da bawak bekalan makanan dari Malaysia. Nak masak di Villa ni pun boleh. Dapur dan perkakas memasak lengkap semuanya. Tapi sarapan yang akak oder just fruit, fries, half-egg, chicken sosej, bread, mushroom soup & pumpkin soup.. Bukannya daging ler.. Sosej tu pun akak tanya ada B**I ke tak... Minyak apa pakai... So corfirm tak ada unsur binatang toiii toiii toiii tu..

Ok. Setle tick sarapan mana akak nak esok. Akak pun bergedek2 ler dgn luggage ni menghala ke bilik hotel.

Masuk-masuk je kawasan sekeliling menghala ke Villa terasa macam dalam hutan tropika plak.. Redup je suasana. Sunyi. Mendamaikan. Lagi ler hati akak excited nak tengok rupa bilik ni.

Incik Padil dah komen dah macam dalam hutan je.. Mesti banyak nyamukkk..

Cettt punya ayat...


Taaa..daaaaa... Ni ler rupa pintu depan sebelum masuk ke Villa kami... Villa Sandat No.9..

Gambar tu bukan waktu akak sampai yea. Tu gambar hari keesokkannya. Baru teringat nak bergambar. Incik Padil malas dah nak bergambar.

Ermmm macam nak masuk kawasan rumah banglo plak rasanya.. Isi dalam tak tau rupanya macamana.

Bukak je pintu masuk....

Wahhhh...

Wahhh...

Wahhhhh...


Terlopong mulut Incik Padil jap.... Nasib baik tak masuk lalat senja-senja ni...


Bukak je pintu utama. Kami disambut dengan deruan burble burble dari air kolam tu...

"Cantiknya sayang..." terkesima seketika Incik Padil tengok Villa yang bagi akak Kebaboooommm.. Hah, ni baru view diluar belum lagi view dalam biliknya lagi...

Siap ada burble burble lagi air kolamnya.. Air tu panas tau... Panas suam kuku je... Heheheh

Kak MB jawap "ayang memang cantik. Baru tau ke". Pastu selamba je akak berjalan depan dia sambil tarik luggage ni ke bilik. Almaklum ler dari booking sampai ler check in ke bilik. Incik Padil hanya tau nama Villa ni sahaja. Dia tak pernah amik port berapa harga atau macamana bilik pun dia tak tau. Ni ler perangai lelaki kot... Beza dgn wanita. Nak yang semua perfect...

Bila malam nak senja je. View semakin cantik. Sangat tenang disamping angin-angin laut menyapa diri sendiri. Aicehhhhh.. Feling lain macam je ni..


Dapat Kak MB membayangkan esok malam kalau buat candle light dinner ni sambil disaksikan bulan. Mesti syokkk ni.. Baru ler terasa nak bercinta balik macam dulu-dulu kan..

Almaklum ler 2tahun dulu baru nak bercinta dah terus bertunang dan kawin... Baru lepas kawin tak sampai 2bulan menyulam cinta dah mabuk mengandung plak... Perkenalan tak sampai 5bulan terus bertunang dan kawin ler katakan...

Hah, ni ler jodoh namanya hokeyyy. Kiranya kami bercinta lepas kawin ler...

Sekarang baru ada masa untuk kami lebih memahami dan mengenali diri masing-masing sambil mengimbas cerita lama balik... Best tak??? Ke akak je cerita bunyi macam poyo je... Hahhahahah

Ok. Sila muntah hijau yea semua pembaca... Hhahahahhahah.

Dah ler.. Jangan over feling plak mira oitt. Jom tengok wajah bilik beradu pemaisuri yang heboh dikatakn ala honeymoon tu.



Wahhhh.. terkejut lagi...

Ni akak suka.. Ada munge-munge rose..  Ada itik swan kiss kiss.. Cantik.. Wangi lagi..

Ok malam ni tido atas sofa je.. Ini katil jangan usik. Rasa sayang nak tido weiii..

Macam 1st time berhoneymoon plak ni..

Kalau tengok bilik beradu pun dah excited. Macamana pula rupa dan gaya deco di toiletnya pula yea? Masuk je toilet wahhh.. Terlopong lagi.. Jakun Kak MB jap. Bath tab kami ni diberi percuma deco gaya honeymoon tanpa bayaran tau. Bunga-bunga rose ditabur disitu dengan air yang hangat lagi. Sangat excited hati akak woitttt.... Tak sabar nak berendam dalam bath tab..

Almaklum ler seharian berjalan. Melengas dah badan dibuatnya. Dah bau macam-macam dah ni. Maun akak tertido dalam bath tab ni kang.. Thank you pihak Bali-Baliku..


Kalau gambar yang atas tadi adalah masa kami datang tapi keesokkan hari selepas cleaner datang membersihkan villa. Baru akak perasan ada pintu dihujung sana untuk pilihan kita. Sama ada nak mandi di dalam toilet atau di luar.

Kalau ada Fayadh ni mesti nak berendam dalam bath tab 24jam je.. Tak berjalan dah ke mana-mana. Duk bercuti tepi kolam je ler nampak gayanya..
Ni ruang dapur, ruang makan dan ruang tamu yang dipisahkn oleh pintu kayu dgn bilik tidur Kak MB. Cantik sangat tau. Selesa dan bersih. Peralatan dan perkakas memasak pun lengkap. Untuk malam pertama di sini. Kak MB masak sendiri je. Ada bawak maggi dgn bubur dan roti. So belasah tu je. Badan dah penat. Makan pun tak lalu sangat dah. Tau nak krohhhhh berdengkur je.

Sesapa yang planing nak family trip boleh ler menginap disini. Kalau keluarga kecil boleh sewa bilik macam Kak MB ni. Tapi kalau big family kena ler sewa 2rumah dalam satu lot tanah. Kena tengok dekat website dia yea. Harga In sya allah boleh runding kot..

Perut dah terisi. Badan dah penat. Mata pun dah mengantuk. Jom ler kita tidur yea. Esok masih banyak lagi perancangan kita nak buat. Masih banyak tempat lagi kita nak lawati.

So malam ni bagi rest betul-betul badan. Nite semua...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ke-3 di Bali

Morning semua...

Malasnya nak bangun awal pagi ni. Ikutkan hati nak aje tarik selimut semula... Bermalasan ari ni. Suasana di sini sangat sejuk tau. Tak perlu on aircond pun rasa sejuk dah sampai ke tulang dibuatnya. Maybe struktur atap Villa ni diperbuat daripada atap rumbia kot. Sangat sejuk.

Seperti yang dijanjikan semalam. Breakfast akan disediakan di Villa Sandat ni.



Jadi akak pun terus keluar menantikan breakfast sampai. Tapi tak sangka. Rupa-rupanya breakfast dah tersedia dihidang di tepi kolam...

Pukul berapa diorang ni hantar breakfast yea???? Sampai akak sendiri pun tak sedar orang tu sampai. Tengok jam baru pk7.30. Tapi bila dah terhidang ni. Jom ler menyantap makanan sebelum keluar berjalan-jalan di Nusa Dua dan ber'Spa plak.

Incik Padil sila bangun cepat...

Uwahhhhh, anak raja bangun terus nak menyantap makanan je..

Feling anak orang kaya jap ni. Sangat best. "Nora bagi 5bintang.".

Nak berangan ler jap. Sambil mandi sedut air oren tepi kolam atau sambil mandi dayang2 suakan air utk si puteri minum. Uwaaaaa.. Best.. Best.. Tak pun. Berspa di tepi bilik mengadap kolam dengan bunyian deruan air. Ermmm... Damai. Rindu rasanya nak datang sini lagi...

Korang kalau nak buat candle light dinner boleh minta pihak hotel buat decoration candle light dinner bersama makanan sekali. Harga RM300/ couple. Gaya deco yang diorang akan buat macamni yea. Sangat sweet dan romantik. Lepas makan boleh terjun mandi dalam kolam. Tengah malam nak mandi pun tak ada sapa menghalang yea. Privacy.

Tapi akak tak ada pun minta pihak hotel buatkan. Just buat deco sendiri sahaja. Makanan je akak oder dan minta dihantar ke bilik. Lepas makan just borak2 je. Nak terjun ke kolam rasa badan masih tak sihat lagi.


Waktu buat candle light dinner ni adalah malam ketiga kami di Bali-baliku. Ok hanya gamabar Incik Padil je dapat  diabadikan. Gambar akak blurrr.... Ok tak ada kenangan disitu.

Apa-apa pun terima kasih Inci Padil sebab hadiahkan percutian ni utk Anniversary yang ke-2 kitea..

I love U Abam Hensem...

Ok. Puas dah bercintan cintun. Hari kedua di Jimbaran kami akan ke Nusa Dua plak.

Apa ada di sana? Kak MB akan bagitau next entry yea. Bye.. Bye.. Bersambung...

No comments: