Pesanan Penaja ^_^

21 Feb 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 3 Kyoto Station & Nara Park

Entry sebelum Day 2 Shirakawa Go

Hai,

Semalam dah puaskan kita berjalan-jalan di Shirakawa Go dan melihat sendiri keindahan alam yang bersalji. Putih bersih je kan pemandangan semalam...

Tapi hari ni Kak MB perlu check-out dari Oka Hotel sebab destinasi hari ini akak akan ke Kyoto dan Nara pula iaitu di area Kansai.


So seawal pukul 4 pagi Kak MB dah bangun tau. Waktu tanah air time ni pukul 3 pagi. Korang semua masih lagi lena di ulit mimpi tapi akak harus bangun awal untuk misi kembara yang masih jauh lagi perjalanannya.

Jadi sebeleum kita check out dari Oka Hotel pagi ni. Kak MB perlu menyediakan dulu bekal makanan kita. Almaklum ler sini susah mencari makanan Halal.. Jadi bekalan makanan itu penting sebagai sarapan pembekal tenaga kita sepanjang hari ini sebelum kita check-in hostel di Kyoto pula nanti.


Tu dia bekalan kita hari ni nasi goreng ikan masin dan nasi goreng kampung Pak Brahim's bersama serunding ayam, dorayaki, biskut dan Kopi O.. Ngammmm.. Terbaikkkk.....

Are u ready..!!!! 

So pukul 6 pagi Kak MB dah ready check-out untuk mengejar train Thunderbird pada pukul 6.45 pagi ni menuju ke Kyoto Station. Kunci bilik just drop sahaja di box yang disediakan. Sebab receptionist pun bukak pukul 8 pagi nanti.


Seperti hari pertama sampai lagi di Kansai Airport pass Takayama Hokuriku boleh reserved seat untuk train Thunderbird. Jadi ini tiketnya untuk reserved seat. Kalau tak nak reserved seat just tunjuk sahaja pass tersebut.

Keadaan pagi ni masih sunyi sepi lagi tak ramai orang yang keluar untuk bekerja. Maybe Kanazawa tidak seperti Tokyo kot.. Suhu tetap -1. Sejuk sampai ke tulangg weii..


Bila dah sampai di Kanazawa Station ni akak just cari sahaja gate line yang dah di tunjuk atas tu. Ikut je nombor yang sesuai dengan pass yang korang pakai. Kalau yang amik shikanzen tu boleh ler gi ke gate 7 tapi akak pakai JR Takayama Hokuriku. So gate akak adalah di no.13.. Kalau rasa tak confident takut salah better tanya pada polis yang menjaga setiap pintu masuk gate tu..


Selepas melepasi pintu gate yang akak cakap tadi. Make sure korang tengok pula platform mana yang harus korang tunggu train. Jangan salah platform. Ke laut kang... Hikhikhik.

Ala, macam tunggu train KTM juga.. Sama je walaupun tulisan nya korang tak faham.

Syukur. Alhamdulillah selamat dah akak sampai di platform 2.. Memandangkan ada 15minit lagi untuk train Thunderbird akak tiba. Jadi jangan ler duk beratur lagi dalam keadaan sejuk beku di luar ni..


Moh kita duduk dekat dalam bilik khas ni. Ada heater, bersih dan selesa je tau. :-)


Yeahhhh, train dah sampai tepat pada masa nya. So tak perlu berebut tempat. Ikut no. seat masing-masing. Bila dah duduk tu tanpa berlengah masa lagi. Jom kita buka bekalan untuk santapan pagi ni sambil melayan pemandangan indah di luar.




Tengok pemandangan hari ni kebanyakan tempat saljinya semua dah mencair. Tidak seperti pada hari pertama Kak MB sampai kelmarin.




Tapi ada juga tempat-tempat yang masih bersalji cuma tak setebal hari tu. Cantik kan?

So kita tinggalkan seketika tempat bersalji ni. Jom kita ke tempat yang lebih bersejarah, lebih kemodenannya dan berbudaya maju.

Kyotoooo tungguu aku sampai...!!!!! (Jeritan dalam hati je..)



Perjalanan 2jam tidak terasa. Kini sampai sudah Kak MB di Kyoto Station. Kalau tadi tempatnya bersalji dan mataharinya segan nak menyilau tapi di Kyoto terik matahari menyambut kami pada pukul 8.55 pagi. Cuma suhunya masih seperti tadi.. Suhu -1 ditambah dengan tiupan angin kuat...


Wow, lain macam cuaca dekat Kyoto ni... Grrrr grrrrrrr kesejukannn....

Bila dah sampai ni Kak MB harus mencari Information Center terlebih dahulu nak amik map dan serba sedikit maklumat mengenai Kyoto ni. Selepas tu baru akak mencari kaunter JR untuk refund semula Icoca Card yang terlebih beli kelmarin. Kemudian baru topup tambah nilai Icoca Card masing-masing.

Yea ler dengan adanya Icoca Card ni kalau akak nak membeli makanan di 7E atau Lawson ke mudah. Just swap aje.. Kalau tersesat pun tak perlu beli tiket lain lagi.. Nak call parents di Malaysia pun boleh.. Guna public fon mereka then pakai Icoca Card. Mudah kan..

Yang penting nilainya mencukupi..

Peringatan : Kalau nak topup Icoca Card tu dekat mesin atau pun nak bertanya cara nak topup Icoca Card dekat polis atau guard sana.. Pastikan korang tak guna perkataan TOPUP atau RELOAD. Nanti diorang akan terpingga-pingga tak faham sebabnya orang sana panggill CHARGE sama erti topup@reload...

Selesai urusan Icoca Card ni jadi kami mencari pula Coin Locker terlebih dahulu untuk simpan anak-anak tapir kami yang berat ni sebelum meneruskan perjalanan ke Nara Park...



Cara penggunaan Coin Locker ni still sama seperti di negara kita cuma nanti Coin Locker di Tokyo dia agak berbeza cikit. Apa perbezaannya???? Kena tunggu ler akak update pasal Tokyo nanti k.

Untuk simpanan baggage Kak MB dan Incik Padil just bayar 500yen sahaja. Kalau korang yang backpacker 4 hingga 5pax baggage tu boleh ler kongsi dengan kengkawan amik locker 700yen tu. Memang besar dan mencukupi ruang bagi Coin Locker ni. Ok selesai..

Jom kita gi tengokk BAMBI di Nara Park.. Sapa bambi ni? Sedara ke?? Jom ikut akak....


Sebelum tu akak nak bagitau dulu di Kyoto ni akak akan menggunakan Kansai Thru Pass selama 2 hari yang telah akak beli di Kansai Airport lagi. Pass ni boleh di gunakan pada train Subway, local train, local bus dan train Nankai (Airport) di area Kansai iaitu Kyoto, Osaka, Nara dan Kobe KECUALI JR Train. Jimat tau... Pakai ler semaximum yang boleh dengan harga 4,000 yen untuk 2 hari penggunaan. Memang berbaloi..!!

So now jom kita tunggu train Kintetsunara


Sebelum nak teruskan perjalanan Kak MB check dulu route train mana yang akak nak naiki melalui apps Japan Travel. So yang di atas ni adalah route map yang terbaikkk akak dapat dan di corfirm kan juga dengan pegawai yang bertugas sebab akak tak nak tersesat.

Jadi sangat mudah menggunakan apps ni cuma pastikan ada internet ler...

Pandai tak nak membaca route di atas???

Hah, meh Kak MB terangkan sikit cara nak baca route train di atas.

Dari Kyoto menuju ke Kintetsu-Nara Station kena amik train di line Kintetsu Kyoto Line Express menuju ke Kintetsu Nara di Platform 3 dengan kadar bayaran 620yen selama 46minit perjalan.

Faham tak apa akak terangkan ni? Senang jer..


Tengok tu akak amik platform 3 terang-terang dah besar no.3 tu dengan main board Express mention ke Nara.


Kalau takut silap juga. Jangan risau. Dekat train tu pun ada tulis train ni menuju ke last station iaitu Nara. Kintetsu tu nama station bagi Local Train. Nak naik JR pun boleh. Nanti turun dekat Nara Station cuma ia agak jauh ler nak ke Nara Park 2.3km kot nak berjalan kaki... Jauh sangat.

Dah. Jom naik train. Jangan nak membebel lagi. Hehehe. Train ni ada banyak pit stop tapi tak apa just nikmati permandangan dan gelagat orang di sini yer..


Okay.. Kita dah sampai. Terus amik exit 2 untuk ke Nara Park & Todaiji Temple.

Bagusnya di Jepun ni Kak MB tengok banyak sign board direction sesuatu tempat tu di letakkan di setiap station dan pintu keluar. Jadi tak sesat kita di buatnya. Tapi korang jangan amik mudah gak. Kena juga study sikit2. Kang kalau tak tau apa2.. Blurrrr plak nanti di sini.






Yeahhh, bambi..

Keluar-keluar je station Kintetsu-Nara ni bersepah kot rusa atau lebih di kenali dengan nama Bambi di sini.

Rusa ni adalah rusa liar dan ia bebas merayau di kawasan ini. Dia juga adalah salah satu tarikan utama di Nara termasuk Todaiji Temple, Kofukiju Temple dan Muzium Nara. Tempat-tempat utama ni memang berdekatan. So korang kalau ada masa boleh ler pergi ke atrraction yang Kak MB bagitau ni.

Rusa ni pun ada kisah dan sejarahnya.. Setau Kak BM rusa ni bebas berada di Nara sebab ia sebagai simbol kepada penghantar utusan dari hamba nya kepada tuhan bagi masyarakat penganut Shinto. Kiranya rusa ni ibarat macam utusan tuhan mereka ler ni.. Jadi harus di sayangi dan di hormati.

Untuk info selanjutnya Nara dan Nara Park.

Walaupun rusa-rusa ni liar tapi ia mudah di dekati. Cuma kena hati-hati jugak ler takut kang kena sondol macam Incik Padil hari tu... :-)

Ermm, rusa-rusa ni kira bernasib baik hidup di Jepun. Kalau di negara kita dah jadi lauk dah ni. Hahahhaah. (gelak jahat) Satay rusa.. BBQ rusa.. Rusa Panggang.. Wowww.. Marvellous.. hihihi.



Di sini juga ada penjualan biskut untuk rusa yea. Sesapa nak merasa pengalaman bagi rusa makan.. Boleh beli biskut khas ni untuk rusa dengan harga 150yen.

Kang merasa ler korang di kejar dek rusa. Tak pun datang ler si jantan menyondol kita nak mintak makanan. Kalau rusa betina dia behave sikit dari si jantan ni..




 

Yang ni si betina. Dia duduk relax je bersantai-santai. Kengkawan lain sibuk mengejar nak mintak makanan. Dia tak heran pun.. Ohhh, diett ekk..

Korang kalau dah membeli biskutnya tu. Pastikan sorok-sorok kan sikit. Kalau deer nampak. Terus mengejar nanti..


Hah, yang sekoqq ni tunggu depan Kak MB sebab dia tau dalam poket akak da biskut.. Hahahah. 

ke dia tau akak ni gegirl.. so tergendeng-gendeng dia dekat Kak MB ni... Gatal yea..!! (perasan)

Baik ler... Nah abiskan biskut ni.. Selagi akak tak bagi deer biskut.. Selagi tu ler kepalanya akan menunduk-nunduk (baw) pada kita. Tu tanda dia mintak makanan kepada kita dan tanda terima kasih. Kalau dah abis makanan tu. Korang boleh angkat tangan nanti deer faham yang makanan dah habis..

Hahahahah. Bijak pula rusa-rusa di sini yea..




Eh eh miwa jitensha  自転車 三輪 自転車

"Abang beca.. abang beca ditengah jalan.. Cari muatan untuk mencari makan...." Nampak abang sado beca ni teringat beca di Melaka. Tapi jangan pandai-pandai nak naik beca di sini kalau bajet kita ciput ajer... Sini sekali naik beca RM 120/ head... Hahahhaha. Menangis..

Apa-apa pun salute dekat brader ni.. Teguh berdiri macam tiang...


Wah, bau dah sedap.. Apa ni???

Ermm, tak tau apa dia jual.. Nak baca sign tak faham.. Yang faham 100g tu je.. :-)

Ok ler.. Jom kita berjalan lagi..


Strawberry???

Yeahhh. Sedapnya. Macam yang Kak Jehan makan je ni. Ichigo Daifuku strawberry namanya.

Ia diperbuat daripada tepung beras dan intinya adalah kacang merah dan di makan bersama sebiji strawberry. So rasanya macam kuih kacang dan ada rasa manis dari inti dan buah tu. Sedapnya..
Rugi kalau tak cuba...

Harga berapa??

300yen je.. :-(



Rindu nak makan ni.. Tunggu akak google dulu yea macam ana nak buat Ichigo Daifuku ni..

Beli satu je ler. Kita kongsi yer darling.. wikwikwik

Sekarang kita nak pergi Todaiji Temple pula. Katanya di sini ada temple yang di perbuat dari kayu paling terbesar di dunia.

Besar mana???

Jom kita tengok sendiri. Tapi nak masuk sini kena bayar ler. Bila dah tau kena bayar. Malasnya Kak MB nak masuk ke dalam tapi Incik Padil nak ke sini juga walaupun tak masuk. Just nak amik gambar je..


Layan kan ajer. Walaupun terpaksa meredah punya ramai manusia di situ... Sambil meredah ni usha-usha gak souviner apa yang menarik di deretan kedai sepanjang ke Todaiji ni.


Sekali Kak MB ternampak ni pula..

Tadaaaa.. Pedang samurai... Kantana..

Niat hati nak beli tapi tak lepas nak bawak masuk Malaysia. So abaikan ajer. Jangan pilih jalan hitam yer..



Pintu gerbang yang besar sebelum sampai ke Todaiji Temple. Nampak tak.. Bersepah kan rusa di situ..


Sekali masuk ke dalam selepas pintu gerbang tadi.. Uwaaa..

Lagi ramai rupanya makhluk Allah dalam ni.. Walaupun bahagian depan Todaiji ni tengah renovation. Orang tetap ramai. Memang tak ler Kak MB nak redah masuk kan lautan orang ni..

So Incik Padil decide kita patah balik je..




Rusa betina yang berani menodai Incik Padil.. Sambil selfie sambil dia cium pipi my chubend.. Hahahhaha.. Rusa gelenya... (rusa gatal)



Aiyoyo sedapnya bau.... Mengugat keimanan betul... Halal ke?? Dont't know..

Tak pelah.. Akak makan di hostel je nanti.


Hah, yang ni ler akak duk tengok tadi benda yang dibakar sehingga bau harummm jer.. Rupanya ubi bakar.. Wah sejuk-sejuk cenggini pekena ubi bakar sambil layan kopi O dan duduk di anjung rumah. Perghhh heaven giler... Hahahahah.. Terberangan sekejap..

Ramai pula yang membeli tu. Tapi akak tak beli pun. Just amik bau je. Kenyang dah..



Bye bye Bambi.. Nanti kita jumpa lagi... Akak nak ke Kyoto semula.. Muahhhhh Muahhhh

Puas dah berjalan-jalan di area Nara ni dengan berjalan kaki hampir 3km.

Sekarang tiba masa pula kita ke Kyoto untuk amik anak tapir dan check-in pula di Bakpak Hostel di Gion-shijo.


 Route train yang di pilih.. Dan amik anak tapir dulu..

Then baru kita ke Gion-Shijo..

Sampai je ke Gion Shijo station ni banyak pula exit nya dan kesalahan akak tak menghafal jalan Bakpak ni. Nasib akak da print direction yang tuan rumah Bakpak bagi ni. Rupanya dia suruh amik exit 1. Jadi moh kita ikut direction yang di beri.


Ohhh, keluar dekat sini. Senang ajer. Tak perlu nak melintas jalan.

Sekali toleh kiri..


Lorghhhh.. Dah sampai dah Bakpak. Dekat gilerr weiii dengan station. 3minit jalan kaki je..

Untuk masa check-in adalah pukul 3 petang. Sekarang baru pukul 2.30 petang. Tapi tak pelah.. Kita try check-in dulu..


Sekali owner bagi kami masuk.. Syukur alhamdulillah. Segala perjalanan di permudahkan..

Cantiknya bilik ni.. Kemas ajer..






Nice view..

Jom kita makan dan solat dulu sebelum misi seterusnya..

Entry seterusnya Kiyomizudera Temple & Gion Street

No comments: