Pesanan Penaja ^_^

28 Feb 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 4 Fushimi Inari Shrine

Entry sebelum Kiyomizudera Temple & Gion Street

Konbanwa (こんばんは)

Hai.

Kalau semalam kita ke Kiyomizudera Temple untuk melihat keunikan binaannya tanpa menggunakan satu paku pun. Tapi hari ni kita akan ke Fushimi Inari Shrine pula iaitu sebuah kuil yang amat terkenal di selatan Kyoto yang di anuti oleh penganut agama Shinto.




Yeahhhh, tak saba rasanya nak ke Fushimi Inari..


So sebelum keluar dari hostel. Jom kita sarapan dulu isi perut dan tenaga dengan kari daging Pak Brahim's dan nasi putih yang Kak MB beli di Fresco Convinient semalam.

Dah kenyang perut. Baru ler riang hati meneroka alam di Kyoto pagi ni dengan harapan salji turun ler yea. :-)

Pagi ni pukul 6.30 kita dah ready tunggu train menaiki Keihan Main Line menuju ke Fushimi Inari. Cuaca yang agak sejuk dengan suhu 1'c Kak MB tak pedulik dah.. Misi kembara mesti di teruskan.




Ni wajah muka-muka yang dah beku. Bukan kepenatan tau tapi sejukkkk..

Masa perjalanan hanya mengambil masa 8 minit je dari Gion-Shijo ke Fushimi Inari. Bila dah sampai sini kami meneruskan berjalan kaki mendaki sedikit menuju ke pintu gerbang besar di hadapan Fushimi Inari ni.

Fushimi Inari ni sangat terkenal di kalangan pelancong asing yang ingin melihat ribuan pintu gerbang berwarna merah terang yang di panggil torii gate.

Kalau korang nak tau tori gate ini di bina oleh hasil duit kutipan derma yang di derma kan oleh ahli-ahli perniagaan dan orang-orang kaya di Jepun. Setiap saiz ukuran binaan pintu gerbang ni berbeza mewakili jumlah duit yang di dermakan.

Macam mana besar saiz ukuran pintu gerbang ni??? Nanti akak ceritakan.



Hah, ni ler pintu gerbang yang akak maksud kan tadi. Tapi ini tak cukup besar saiz nya. Sebab akak ikut jalan belakang. So ini deretan kedai menjual makanan dan cenderahati yang masih belum di buka lagi. Time ni snow flake turun...

Yeahh, kita dah sampai.



Besar tak pintu gerbang ni???

Ini ler pintu gerbang utama di hadapan pintu masuk ke Fushimi Inari Shrine ni. Kebiasaan pelancong yang naik train turun di JR Inari akan lalu di sini. Tapi akak lalu area belakang tadi sebab naik local train. Bukan Jr Train.

Masuk ke shrine ni free yea.



So sesapa yang nak ambil gambar dengan tenang dan aman. Boleh datang pagi-pagi buta macam akak ni. Bergambar ler korang sepuas ati tanpa masuk muka-muka orang lain.

Kalau datang selepas pukul 8 pagi. Tempat ni akan crowded dengan penggunjung so nak amik gambar pun susah dan fenomena bertolakkan tu pasti akan terjadi.



Hah, ni adalah kawasan air suci mereka. Penggunjung boleh minum menggunakan bekas yang telah di sediakan. Macam dekat Kiyomizudera semalam jugak. Rasa-rasa nak murah rezeki, panjang umur dan sihat boleh ler minum air suci ni tapi akak idokkk ler minum. Malaihhh ler. Tu acah mak enon je tu pegang bekas nak minum. Hehehe.



Peta ringkas dari bahagian bawah Fushimi Inari Shrine.





So ini masih di bahagian bawah. Jom kita naik tangga menuju ke kaki gunung. Sebabnya tori gate ni di bina dari kaki gunung menuju ke dalam hutan dan sampai ke puncak Gunung Inari yang setinggi 233 meter.


Kalaus sesapa yang teringin nak tengok matahari terbit di Jepun ni. Boleh ler mendaki gunung ni dengan melalui binaan tori gate menuju ke puncak Gunung Inari untuk melihat sunrise.


Yang ni pula tempat orang gantung kertas bad luck.

Mana-mana temple dan shrine di Jepun ni mesti ada tempat untuk menilik nasib. So kalau bad luck tu diorang akan tinggalkan kertas bad luck di sini. Jauh-jauh kan ler diri anda dari nasib yang malang ni yea.. Huhuhu






Ini ler laluan pertama pintu gerbang menuju ke puncak Gunung Inari.


Cer tengok binaan tiang nya dah nampak pudar dah kan. Mesti tori gate yang depan-depan ni dah lama usianya. Sebab Kak MB tengok banyak yang dah lapuk di bahgian kaki tiang nya.


Alhamdulillah. Dapat gak amik gambar yang tak ramai crowd ni.


Maaf yea.. Part ni banyak Torii Gate yang warnanya dah luntur. Tapi nak amik gambar punya pasal. Abaikan view yang tak berapa nak memuaskan tu yea. Jom kita naik lagi ke atas.


Kesian Incik Padil.. Gambar dia banyak tak menjadi gara-gara tangan Kak MB yang tak berseni ni amik. Maaf yer laling... :-*




Ni ler 2 pintu gerbang yang ada menuju ke puncak. Dah macam pintu antara dua persimpangan dah. Pilih ler nak lalu yang mana satu.

Nak lalu yang mana satu pun akak tak tau... Kemana setiap lorong ni menuju pun akak tak tau???

Kesudahannya Incik Padil decide pilih yang kanan.. Apa-apa pun kita buat mesti mulakan yang kanan...



Ok. Jom kita lalui lorong kanan ni.. Memang betul saiznya memang berbeza-beza. Sampai sini baru ler nampak tori gate ni nampak baru sikit dari yang permulaan tadi. Tulisannya pun nampak jelas lagi.

Rupanya 2 pintu gerbang tadi mempunyai laluan yang sama. Cuma yang kanan tu untuk pergi ke atas. Dan laluan kiri untuk balik semula turun ke bawah. Maybe nak elakkan kesesakan kott.

Time ni tak ramai orang lagi. So boleh ler bergambar dengan tenang dan aman.

Perhatian : Jika anda ingin mengambil gambar atau photo shoot tanpa crowd. Pastikan datang ke Fushimi Inari dan Bamboo Forest pada awal pagi seelok-eloknya sebelum pukul 8 pagi.



Kalau di Nara rusa di anggap utusan kepada tuhan tapi di Fushimi Inari serigala menjadi utusan Dewa Inari atau lebih dikenali sebagai Dewa Beras. Tak heran ler jika banyak patung-patung serigala di bina di tembok-tembok sekitar shrine ni.

Akak ingatkan anjing.. Rupanya serigala.



Untuk info lanjut Fushimi Inari


Ni ler saiz tori gate di sini dengan nilai duit yang perlu di dermakan oleh si penderma.



Dan yang ni saiz-saiz tori gate yang ada. Ni just replika sahaja. Nak buat perbandingan saiz yang ada di sini.

Yang hujung sekali paling besar tu agaknya yang menderma 1juta ke atas.

Okay ler.. Binaan tori gate ni masih panjang lagi nun ke hutan. Memandangkan perjalanan hari ni masih banyak tempat nak pergi. So Kak MB hanya spend time 1jam sahaja di sini.


So pukul 7.45 pagi akak dah ke Inari Station menaiki Jr Train menuju ke Saga-Arashiyama pula.. Yang ni akak guna Icoca Card yea sebab Kansai Thru Pass tak cover JR train. Manakala JR Takayama Hakuriko hanya cover Kyoto Station sahaja.

Jom kita ke Saga-Arashiyama pula.

Next entry Bamboo Groove & Togeysukyo Bridge

No comments: