Pesanan Penaja ^_^

23 Dec 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Bye2 Japan, Welcome Malaysia

Entry sebelum ini Review The Kebab Factory, Asakusa

Hai semua.

8 hari lagi nak 2018..

So ini adalah entry terakhir untuk perjalanan Kembara Musim Salju Kak MB bagi 2017. So lepas ni maybe akan selit2 sikit tips2 perjalanan dan riview beberapa tempat makan dan penginapan yang kak MB pilih hari tu.

Harap-harap entry ni dapat membantu korang yang nak berjalan ke Matahri Terbit ini dengan cara Travel Bajet.

Sebelum sampai ke Airport Haneda tadi kak MB dah makan kebab di Asakusa. dah kenyang pun.

Tapi masih ada lagi balance duit dalam ICOCA CARD ni.

Boleh ler akak tapau  kan Kitkat Perisa Matcha, Sakura dan Air Calpis yang ada hanya di Japan jer ni. Dapat gak anak2 merasa nanti Dorayaki Made in Japan.

Maaf juga. Gambar tak ada akak nak update. Beli2 je terus masuk dalam bag and packing nak masuk luggage flight nanti.


Yang sempat amik gambar ni hah roti jagung yang MARVELOUS sedap ni jer.

Roti ni untuk kudap2 kang sementara tunggu flight pkl 11.45 malam kang.

Dari Asakusa tadi. Kak MB amik train Toie Subway Asakusa Line for Haneda Domestic Terminal dan change train di Sengakuji dengan train Keikyu Airport Express dan berhenti di 2nd last station di Haneda Airport International Terminal. Last station adalah Domestic Terminal. Pastikan korang alert dengan tempat mana korang nak pi. Kang terlajak. Sesat pula.

Tak faham. Search sahaja Hyperdia.com 


Sampai2 jer airport masa dah nak pukul 5ptg waktu Malaysia. Tapi sana dah nak magribh dah.

Ada 6jam lagi nak melepak dekat airport ni.


So dari duk melanguk jer tengok orang. Kak MB pun gi ler jap washroom airport ni.

Sekali nampak pemandangan luar airport ni. Cantik gak view sini. Dengan sunset dibelakang tu.


Dan nampak di Level yang sama (tak pasti level berapa ni) ada Prayer Room. So Kak MB boleh solat magribh di sini.

Tapi sebelum tu untuk masuk bilik solat ni. Korang kena pi ke Information Centre dulu untuk minta permission guna bilik ni. Nanti diorang tolong bukak kan bilik ni.

Pastikan korang jaga kebersihan bilik ni dan jangan jadikan bilik ni tempat korang simpan luggage.


Kak MB dah lupa dalam bilik ni ada tempat amik wudhuk ke tak. Sebab kak MB dah siap2 amik wudhuk masa ke washroom sebelum tu. So bila nampak bilik ni. Terus ke information centre dan solat terus.

Selesai urusan akak terus keluar. Sebab takut nanti kaunter AA tu dah bukak. Nanti lewat pula nak check in luggage.


Alhamdulillah segala2nya dipermudahkan Allah Swt.

Dari sorang satu bagpack. Ia beranak ke sorang jadi 2bagpack. 3bagpack masuk luggage. 1bagpack hand-carry.

So travel BACKPACKERS kami GAGAL... Hikhikhik.

Ngam2 3bag ni dalam 18kg. Beli luggage 20kg jer. Nak kata shopping. Tak ler shopping pun. Tp ntah apa kami bawak pun Kak MB lupa dah. Berat bagpack dibuatnya... :-)


Syukur. Alhamdulillah. Pk11mlm selamat dah kak MB masuk dalam pesawat.

Mampu merenung keluar tingkap mengenang cepatnya masa berlalu 8 hari di sini macam rasa tak puas untuk meneroka Bumi Matahari Terbit ni.


Walaubagaimana pun pengalaman yang ditimba sepanjang di sini ia menjadi satu pengalaman baru dan manis dalam kehidupan Kak MB. Sapa sangka budak yang tidak pandai berbahasa English, yang tidak berpelajaran tinggi mahupun tidak bergaji besar. Ia mampu membawa diri ke negara maju yang semua tahu expenses nya sangat mahal dengan nilai mata wang yang tinggi mampu membawa Kak MB ke sini.

So kepada korang yang sama seperti kak MB. Poket tipis juga. Untuk bermimpi sampai ke sini tiada sesiapa pun boleh halang korang untuk sampai ke sini biapun kita serba serbi kekurangan asalkan dimana ada kemahuan pasti di situ ada jalannya. Usaha tangga kejayaan. Cewah..


Kak MB bukan nak puji melambung negara ni. Kak MB masih berpegang pada Hujan emas di negara orang.. Hujan batu di negara sendiri. elok lagi negara sendiri kan. :-)

Pandangan akak sepanjang berada di sini. Ia membuatkan akak rindu untuk ke sini lagi.

Budi bahasa. Integriti yang ada di dalam setiap lapisan masyarakatnya tak kira usia. Membuatkan Kak MB merasa ingin datang lagi ke sini melihat keindahan hutan, kampung serta pemandangan yang indah di sini yang tidak terjejas sedikit pun walaupun Jepun menuju arus kemodenan yang sangat pesat.

Majunya negara mereka. Tidak menghakis adat tradisi, nilai2 murni dan positif dalam diri rakyatnya.

Walaupun berbeza bahasa dan agama. Tapi ia tidak membezakan kak MB dengan mereka semasa di sini. Dalam kami tersesat ada sahaja warganya membantu. Dalam kami sibuk bergambar ada sahaja warganya menghuluskan bantuan mengambil gambar kami berdua :-)

Dari tempat bersalji hingga ke bandar yang tak bersalji... Dari hutan ke kampung kak MB ke gunungnya pula. Dari gunung akak singgah pula ke ibu kotanya. Setiap tempat mempunyai pengalaman yang berbeza.

Ini adalah kali pertama kami di sini. Yang pastinya ia bukan yang terakhir untuk kami.

Insya allah. Oktober 2018. Kak MB akan ke sini lagi dengan #travelSolo #KembaraMusimLuruh #MengejarJapaneseAlps

Bukan dengan Incik Padil lagi tapi Solo atau maybe bersama kengkawan. Wallahualam.. :-)


Alhamdulillah. Pk6.30pagi kami selamat sampai di Malaysia pada 6hb Feb 2017.


Assalammuallaikum WBT. Goodbye Japan.. Welcome Malaysia.. Muahhhh :-*

1 comment:

saha aka suhana said...

setuju sangat dengan ini
"Majunya negara mereka. Tidak menghakis adat tradisi, nilai2 murni dan positif dalam diri rakyatnya."
Banyak yg baik boleh kita belajar dari Japan.
Tak sabar nak baca trip autumn pulak
teruskan menulis :)