Pesanan Penaja ^_^

22 Feb 2017

Incik Perfect Itu Suamiku

Hai.

Selamat malam.

Cer baca tajuk???

Hikhikhik Macam drama ler pulakkk. Tapi malam ni Kak MB bukan nak buat drama tapi nak buat luahan bertapa bersyukurnya akak atas segala nikmat yang Allah SWT bagi selama ni.

Malam ni semua orang dah tido. Tapi mata akak tak maun tido lagi malam ni. Dah puas dah akak belek-belek si abang tido. Selimutkannya. Belek pula si adik. Alhamdulillah. Pampers dah tuka. Nyenyak dah tido si adik hasil belaian si papa.

Melihat pula wajah si suami. Sejuk hati ni melihatnya.

5tahun sudah perkahwinan kami begitu cepat masa berlalu. Rasa baru semalam mengenalinya. Jadi tahun ni 5tahun jugak ler kami menyemai benih cinta kami selepas berkawin. Masih baru lagi perjalanan ni banyak lagi liku kehidupan harus kami tempuhi.

Selama ni Kak MB jarang bercerita tentang Si Dia (suamiku) di blog ni... Ada sesetengah cerita je akak kongsikan kisah si dia. tapi malam ni rasa lain sangat rasanya.


Bila tengok status ni.. Yup wujud lagi lelaki macam ni. Cuma limited dah..

Alhamdulillah.. Semua ada pada suami ku. Cuma tang curang tu buat masa ni belum lagi tapi akan datang akak tak pasti. Harapan agar janji yang di ikrar sebelum ni di tepati.

Bila kita di uji dengan kesakitan baru kita rasa nikmat bahagia selama ni yang kita kecapi. Kalau tak sakit. Jarang sekali akak melihat dan menghargai kebaikan si dia. Kalau nampak pun dia berbuat baik. Selalu buat-buat tak nampak.

Dah seminggu lebih akak operation perut akibat penyakit Lipoma. So selama 9 hari ni jugak ler akak macam orang kurang upaya je rasanya. Susah nak bergerak.. Susah nak bercakap.. Susah nak makan... Susah nak mandi. Everything akak buat semua pergerakan terbatas. Rasa sakit sangat di bahagian perut dan tekak ni. Tekak tu sakit gara-gara masuk tiub pernafasan sehingga ke peparu.

Maybe macam ni kot rasa orang bersalin caeser. Macam ni rasanya kena siang yea. Teramat sakit.

Sepanjang sakit ni ler duduk berehat sambil akak checklist balik diri sepanjang kami berkawin. Rupanya banyak benda yang si dia lakukan yang tak pernah akak nampak dan kurang menghargai.

Si dia anak bongsu manakala akak anak sulung. Anak sulung dan anak bongsu sangat jauh bezanya.

Dia relax akak kelam kabut.

Dia penyabar tapi akak cepat marah dan cepat stress..

Dia bijak atasi masalah dengan cool tapi akak lebih suka setle masalah dengan mendominasi keadaan.

Akak suka memberi arahan seperti dengan adik-adik dulu tapi dia lebih suka mengikut arahan seperti kata-kata kakak-kakak dan abang-abangnya.

Dia lebih suka akak buat keputusan dan dia akan menganalisis dulu keputusan tu sebelum tindakan.

Dia memang suka memberi kebebasan buat akak untuk buat apa sahaja minat akak. Tapi akak ermm sebaliknya..

Kami sangat berbeza pendapat tapi sama dari segi minat iaitu travel. Walaupun beza pendapat tapi kami jarang bergaduh. Itu istimewanya kami. Jarang bermasam muka.

Ingat lagi ayat Si Dia dulu sebelum kami pilih jalan untuk bertunang dan kawin.

" Saya pilih awak sebagai teman hidup bukan untuk di jadikan kilang buat anak jauh sekali untuk buat sebagai orang gaji. Cukup ler sebagai teman baik saya.. Teman ketika dia susah dan senang.. Juga sebagai rusuk kiri dia ketika beristirehat..."

Sila melungaiii tekak..

Tapi ni memang betul. Itu ikrar dia. Tak romantik pun..

Time ni akak rasa nak muntah pun ada dengar ayat dia ni. Tapi hari ni dia dah kota kan kata-kata dia.

Dia anak bongsu yang tak pernah memasak jauh sekali nak buat kerja rumah ni.. Tak pernah menjaga adik jauh sekali mencebok yak yak budak kecik.

Tapi bila dia berkawin... Dia mampu buat itu semua tanpa di minta.. Dia mampu belajar walaupun ada part dia tak mampu lakukan.

So part dia tak boleh lakukan itu ler yang akan akak buat...

Hari ini dia mampu lakukan perkara yang tak semua si suami lakukan :-

Dia mampu membasuh dan menyidai kain baju..

Dia mampu mandi dan siapkan anak ke sekolah. Hantar dan ambil anak di sekolah sementara akak sakit. Bia pun akak tau kerjanya agak sibuk.

Dia mampu menceburi minat akak iaitu bisnes. Sanggup jadi runner tak berbayar ke pejabat pos ketika panas terik dan berhujan. Sanggup juga menghantar barang urgent jauh berkilometer bia pun esok bekerja.

Dia tak pernah mengeluh penat walaupun akak tau dia penat.

Dia mampu mengemas rumah seperfect kaum wanita.

Dia mampu memasak makanan yang mudah. Walaupun rasanya ke laut. Tapi inisiatif dia membantu tu ada.

Yang paling akak salute dia mampu mencebuk kan yak yak si adik dari lahir sampai sekarang. Serius Kak MB bagitau akak memang jarang cebokkk yak yak si adik. Sebab masing-masing amik part masing-masing. Akak handle si abang.. Dia handle si adik. Tapi selalunya dia handle dua-dua.

Kak MB buat apa???

Akak buat benda yang sama je seperti suri rumah lain cuma bab anak dia akan jaga sementara akak busy dengan kerja rumahtangga ni. Cuma bab yak yak si adik ni dan jaga anak-anak ni akak kurang amik tau sikit.. Tu kelemahan akak.

Last yang paling akak suka dia sanggup jadi driver akak 24jam tanpa mengeluh penat. Biapun tengahari panas sanggup balik hari-hari demi akak iaitu lunch bersama di rumah.

Apa akak masak tak pernah cerewet.. Tak pernah nak komplen-komplen.

Kami tak pernah berpisah kecuali dia out station... 

Sampai ke check-up baby pun akak tak pernah sendirian. Apa tah lagi bersalin. Dia sumber kekuatan akak. Cuma operate hari tu pun dia tak boleh masuk. Sampaikan akak dengar nurse cakap. Ada someone di luar OT tunggu wife dia.. Rupanya si dia..

Akak ingat dia tak risau sebab dia cool sangat. Sebab tu akak gelak-gelak je sebelum masuk dewan bedah. Rupanya jauh dalam hati dia. Dia tengah risau sangat tapi tak nak akak takut. Dia sengaja buat joke bodoh..

Dia juga tak pernah menghampakan akak apa pun permintaan akak.. Yang paling akak hargai sangat bila keinginan dan angan-angan akak ke matahri terbit. Dia sanggup tunaikan impian ni menjadi kenyataan bia pun dia bukan di kalangan orang yang senang. Tapi usaha dia untuk merealisasikan impian akak dengan apa sahaja cara. Akhirnya tercapai...

Hari ni akak baru tersedar dari lamunan mimpi bila kawan Kak MB sendiri mengadu tentang sikap suaminya yang bertahun kawin tak pernah menguruskan hal anak. Berbelas tahun kawin tak pernah mandi kan anak. Jauh sekali membantu. Sedangkan masing-masing sama-sama mencari rezeki.

Apa kan daya kehidupan setiap orang berbeza-beza. Nasib jugak berbeza-beza. Kita tak boleh nak tiru kehidupan orang lain masuk ke dalam kehidupan kita kerna jodoh yang di tentukan Allah SWT itu adalah yang terbaik sebenarnya buat kita. Bersyukur ler..

Terima kasih sahabat ku. Dengan luahan kamu. Hari ini akak juga touching dengan si dia.. Hukhukhuk..

Akak degil.. Kuat melawan. Dia touch dengan lembut..

5tahun dia touch akak dengan pengorbanan dia membantu akak. Baru hari ni akak nampak pengorbanannya.

Walaupun dia bukan Mr. Perfect 10.. Tapi dia perfect dalam kehidupan kami sekeluarga.. Terima kasih Allah.. Terima kasih mak melahirkan suamiku sehebat ini... Hebat di mata kami sekeluarga..

No comments: