Pesanan Penaja ^_^

25 Sep 2014

Buah 1001 Khasiat..

Assalammuallaikum...


Sapa tahu ini buah apa?

Ni ler rupa buah yang di namakan Delima. Buah ni mempunyai banyak khasiat buat ibu-ibu yang mengandung, pesakit yang menghidapi penyakit buasir dan merupakan salah satu makanan terbaik yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Buah Delima ini memang Kak Mira suka amalkan memakannya sejak mengandungkan Si Fayadh lagi. Kebetulan rumah mak mertua pun tanam pokok ni. Jadi memang mudah Kak Mira dapatkan buah ni tapi buahnya tak ler sebesar yang dijual di kedai. Kalau u'olls nak tahu antara serba sedikit khasiat yang Kak Mira tahu mengenai Buah Delima ini adalah seperti :-

[✔] Membantu mengurangkan alahan ibu semasa mengandung

[✔] Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu

[✔] Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

[✔] Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

[✔] Mencegah rasa mual

Selebihnya yang Kak Mira tahu cerita dari orang tua-tua dahulu selalu pesan "kalau nak anak cerdik, bijak dan pandai. Semasa mengandung makan lah buah delima ni dan jangan dikongsikan memakan buah ni bersama orang lain kerana setiap biji buah yang ada pada Buah Delima ni mengandungi gen cerdik". INSYA ALLAH..!! SUBHANALLAH..!!! Kebenarana cerita ni Kak Mira tak pasti. Yang pasti Kak Mira suka buah ni sebab khasiat yang terkandung di dalamnya.

Tapi sapa yang kenal Si Fayadh ni. Korang rasa cam ner. Fayadh cerdik ke?? Pandai ke?? Hehe. Bagi akak besa je cuma yang akak perasan Fayadh cepat belajar dan tangkap apa yang kita ajar. Tu je buat masa ni akak nampak. Besa ler perkembangan kanak-kanak memang berbeza. Bergantung cara asuhan dan didikan daripada mak dan ayah jugak.

Lagi satu akak nak bagitau semasa berpantang yakni selepas bersalin kan Fayadh memang akak menghadapi sembelit yang teruk dan buasir dalam. Jadi bila nak membuang tu memang payah dan menyakitkan. Kalau nak membuang sampai terpercik2 darah. Bila dirujuk pada doktor rupanya akak mengalami buasir. Mungkin disebabkan semasa bersalin akak meneran terlalu kuat kot.

Jadi doktor bagi ubat untuk melawaskan najis serta ubat untuk mengubati luka buasir ni. Tapi penyakit buasir ni memang susah nak diubati sehingga lah akak berjumpa dengan pakcik sendiri yang dikenali sebagai Doktor Buasir oleh penduduk kampung. Jadi dengan sebiji buah delima yang kecil. Ia direbus selama 3 hingga 4 jam dengan air bersama delima yang tidak dibuang kulitnya, garam dan kunyit serta di baca dengan doa ayat-ayat Al-Quran. Selepas tu diminum sebelum tido.

ALHAMDULILLAH..!! Dengan izin ALLAH hari keesokkannya. Bangun je pagi-pagi perut akak dah terasa memulas-mulas. Memang lawas. 2minggu selepas minum air delima yang direbus ni. Luka buasir akak pun berkurangan dan sehingga kini Syukur kepada-Nya. Buasir akak dah sembuh.

Tu ler antara khasiat delima yang akak boleh kongsikan melalui pengalaman akak. Kalau korang nak tahu lagi khasiat buah delima ni. Korang boleh ler tanya En Google.

Lagi satu tips Kak Mira nak kongsikan dengan korang iaitu bagaimana cara memilih buah delima yang manis? Tips ni Kak Mira dapat masa nak beli Buah Delima ni di UniKeb Bangi tadi. Pakcik yang menjual tu cakap pilih ler buah delima yang kulit dia buruk dan bertompok-tompok seperti yang anak panah dalam gambar dibawah ni tunjukkan. Pastu jangan pilih delima yang warnanya banyak kemerahan. Pilih lah yang lebih banyak warna kekuningan daripada kemerahan. Akak Mira pun beli ler buah yang pakcik tu pilihkan untuk akak dengan jaminan pasti manis. ALHAMDULILLAH. Memang buah yang pakcik ni pilih manis. Buah Delima yang korang tengok ni adalah Delima China tau. Kalau Delima Arab lain cikit rupanya. Harga tak mahal RM 2.00 je sebijik. Berbeza harga di pasar
RM 5.00 sebiji dan ada yang lebih mahal harganya.












3 Sep 2014

First own properties..

Assalammualaikum semua.

Kalau entry yang lepas Akak Mira dah puas dah berangan nak pilih konsep apa, design apa rumah akak nanti kan.

Tapi biler ditanya akak nak beli rumah apa? Kat kawasan mana akak nak beli rumah?

Terus akak duk fikir sekejap, cukup ke gaji aku nak beli rumah sendiri ni.

Tapi riki punya riki dan fikir punya fikir. Ni keputusan berani mati akak dan Incik Padil buat. Beli je ler rumah untuk INVESTMENT masa akan datang. Kalau nak tunggu harga rumah turun. Memang tak ler jawapnya. Rumah makin hari makin mahal. Sampai biler ler akak nak duduk menyewa dekat kuarters ni kan.

So akak dan Incik Padil dah decide nak cari rumah baru area Senawang sebab nak beli rumah area Kajang atau Bangi ni memang kitaorang tak mampu. Hampir 1/2juta dik oiii. Sampai mati akak tak abis lagi bayar hutang kalau rumah harga berjuta ni.

Jadi bila dah decide nak beli rumah apa dan area mana nak pilih. So ini ler Garden Villa Apartment yang akak booking. Booking pun tak mahal bayar RM 50 je. Rumah siap 2016/2017. Bayar loan pun time dah dapat kunci nanti. Almaklum ler ada kelebihan bekerja government ni. So guna je benefit loan yang ada.

Sabtu lepas akak terus pergi tengok design dalaman apartment ni. So far memang puas hati kalau Small Family. Kalau anak lebih dari 3orang memang akak tak suggest apartment ni.



 Biler masuk je kawasan foyer  apartment ni. Dah nampak design dapurnya ala gini. Bagi akak dapurnya agak sempit cikit. Kalau setakat akak sorang je kat dapur ni. Ok ler kot nak memasak. Area ni boleh buat Wet kitchen atau dry kitchen. Susun atur dan cara simpan barang pun kena betul. Area tingkap sebelah sana tu adalah kawasan sidai baju, tempat letak washing mesin ataupun boleh dibuat wet kitchen.

Bahagian ni untuk letak washing machine.

Bahagian menyidai kain atau wet kitchen.

Ruang santapan yang boleh letak meja makan 6@8 kerusi


Ni design Living Room dia. Memang cantik. Pandai designer ni susun atur barang. Siap letak cermin punya banyak. Nampak ler ruang tu besar dan kemas. Si Fayadh tengok apartment ni punya ler suka. Melompat-lompat sampai terlanggar dinding cermin tu. Excited benar anak aku nak duk umah baru. Lambat lagi nak oii umah ni siap.

Reka bentuk rumah ni jenis pandai sorok bilik. So kalau tetamu datang. Tak nampak sangat ler keadaan bilik kita tu. Kalau lihat terus. Tu adalah Master Bedroom.

Hah, lihat ler ruang beradu Master Bedroom yang cantik ni dihiasi dengan cermin dan tingkap memanjang ke bawah. Kalau rumah akak sok tingkat 6 menghadap panorama Gunung Angsi dan Highway Lekas. Ermmm cantik kot view nya.


Ni toilet yang memang ada dalam bilik utama.

Ni toilet luar untuk tetamu. Kecik sikit toilet ni tapi ohkeyy ler bagi akak.

 Ni second bedroom. Ruangnya pun besar. Cam dah nak sama besar dengan bilik utama. Maybe sebab letak cermin yang banyak kot. Tu yang nampak ruang besar dan luas. Kalau perasan yang bahagian hujung tu adalah wardrobe pasang siap yg berpintukan cermin. 


 Ruang bilik No.3 memang kecik just sesuai letak katil bujang atau dijadikan ruang belajar atau ruang solat.

Bak kata Incik Padil elok ler kecik ruang ni supaya akak mira senang nak mengemas. Tak perlu nak segala-galanya besar. Kang lagi besar ruang lagi banyak perabot nak beli lagi seronok anak-anak nak buat sepah. Aduhaiii...

Akhir sekali adalah ruang balkoni yang keluasan dalam angaran 3 kaki kot. Balkoni ni memang akak pilih menghadap Gunung Angsi dan Yard area dapur menghadap Highway Lekas.

Ni antara blok apartment yang hampir 40% siap iaitu blok A dan blok B. Insya Allah akan siap 100% pada hujung 2016 atau awal 2017. 

Masa akak datang untuk sains agreement. Layout untuk rumah Blok D dah dibuka. So sapa nak beli rumah ni. Memang cantik dan luas dengan keluasan 995 fts. Free duty stamping. Free lawyer. Diskaun 10-15%. Cash Rebate 1k. Booking RM 50 sahaja sebagai deposit. Kalau tak berminat atau tak jadi nak beli rumah ni. Duit akan di kembalikan semula.