Pesanan Penaja ^_^

29 Mar 2016

Tips Mengatasi #BengkakSusu

Assalammuallaikum semua. :-)

Wah dh penghujung bulan Mac dah yea. Bile tengok balik blog. Tak ada lagi entry untuk bulan ni kan. So cepat-cepat type entry baru sebagai penutup Mac 2016 ni.

Jom hari ni akak kasi sharing cikit tips menghadapi situasi bengkak susu.


Sesapa yang tak tau kisah dan pengalaman akak dulu dalam menghadapi bengkak susu time berpantang anak pertama dulu. Boleh baca balik entry tu (Sila Klik) #BengkakSusu

Allahhu Akbar..! Subahanallah..! Sakit bukan kepalang weii. Sapa yang pernah alami tu mesti akan memahami kan. Kes akak ni bukan bengkak dekat breast je tapi dah bengkak sampai ke kalenjar bawah ketiak tau. Korang bayangkan ler kalau bawah ketiak korang tu ada sebiji telur ayam tergantung disitu. Canner nak trunkan lengan tu. Corfirm ler tangan asik berkepak je kan tak boleh nak diturun.

Jadi macam2 pertua akak buat tau nak bagi kalenjar ketiak tu surut. Orang suruh tuam dengan batu tungku akak buat. Orang suruh tuam dengan kain akak buat. Orang suruh letak daun kobis ler pun akak buat. Tapi tak maunnya berkesan. Sakit sampai nak demam. Hukhukhuk. Sedih.

Tak abih disitu ditambah pula ada susu yang mengalir di celah2 kalenjar ketiak tu. Rupa2nya air susu yang terlalu banyak telah menghuni di dalam kalenjar ketiak ku. Bila akak pum kan susu keluar nak bagi bengkak susu surut rupanya di ketiak tu pun mengeluarkan susu gak. Habih lencun baju ahkak dik oitt.

Jadi moh ler akak jawap setiap pertanyaan setia dari pembaca akak ni. Hihihi.


Setia ke??? Hahahhahah. Setakat blogger sendu je mira oittt. Tok sah ler berangan setinggi langgit bajet blogger HOT konon. Hihihi. ^_^

Sebenarnya kebelakangan ni ada beberapa orang duk bertanya dengan akak bagaimana nak mengatasi situasi bengkak susu ni? Dia dah abis berpantang dah. Anak pun dh usia setahun tapi bengkak susu datang balik. Jap ada jap tidak. Kenapa yea? Kena kanser ke apa ni?

Aishhh korang ni. Jangan duk fikir perkara yang negatif. Boleh tak. Cer pikir benda2 yang postif. Insya Allah yang positif ler terjadi nya.

Untuk makluman ibu2 sekalian bengkak susu ni terjadi tak semestinya pada ibu2 yang baru bersalin atau ibu yang sedang berpantang je tau. Ibu yang tengah brestfeeding anak pun akan mengalami bengkak susu ni juga. Selagi anak menyusu badan selagi tu ler kemungkinan korang akan terkena bengkak susu ni.

Nak tau apa puncanya. Meh akak habaq cikit antara punca pembengkakan ini berlaku disebabkan oleh pemakaian Coli atau Bra yang terlalu ketat, penghasilan susu yang banyak, malas mengepam dan nipples breast yang tersumbat.

3punca ni selalu akak hadapi ketika breastfeed anak. Walaupun kita pkai bra yang longgar cikit tapi kalau susu ibu tak dipum keluar atau anak tak menyusu direct. Pasti bengkak ni akan terjadi.

Tetapi????

Ada gak kes yang berlaku ibu mengalami bengkak susu dan memaksa anak menyusu direct tapi bengkak still ada juga. Ini mungkin sebab susu dah mengeras atau membeku (xtau istilah apa nak bgtau) sehingga menjadi bengkak dan keras. Menyakitkan. Aorela nipples pun jadi keras. Menyebabkan anak yang menyusu tidak berasa puas dan susu juga tidak keluar dengan lancar.

Kalau nipples ibu tersumbat pun antara penyumbang kepada bengkak susu. Yea ler. Anak heboh nak menyusu. Hisap punya hisap sampai berjam kan.Tapi breast still bengkak. Itu petanda yang anak menyusu tidak puas dan boleh menyebabkan melecet atau luka di sekeliling nipples. Anak dah sedut minum susu ibu tapi bengkak tak nampak surut lagi. Jadi ibu-ibu di luar sana jangan panik yea.

Ni antara tips mengatasi Bengkak Susu.

Pertama
Sila pakai coli penyusuan yang benar-benar padan, menyokong dan tidak terlalu ketat termasuk pada waktu malam.

Kedua
Pastikan nipples ibu tidak tersumbat. Bagaimana nak mengetahui nipples tersumbat atau x? Cuba picit area aerola nipples ibu dan tengok berapa banyak lubang susu yang terhasil. Kalau setakat satu atau dua lubang je yang mengeluarkan susu. Itu petanda nipples anda tersumbat. So mari ler membersihkan nipples masing-masing dengan mengunakan cotton bud yang telah di letak baby oil atau dengan kain lembut yang telah direndam dgn air suam. Bersihkan area aerola anda sambil picit2 manja area situ sehingga menghasilkan lubang susu yang banyak. Selamat Mencuba yea.

Ketiga
Sila lakukan proses mengepam susu dengan lebih kerap bagi mengelakkan bengkak susu terjadi atau susukan anak secara direct kerana stimulate atau hisapan dari mulut anak adalah yang lebih baik dan semula jadi. Selain itu, jika anak menyusu di breast kanan. Ibu pum breast yang sebelah kiri. Ini bagi mengelakakn bengkak di sebelah kiri terjadi akibat tidak di hisapkan. Begitu juga sebaliknya.

Keempat
Ambil tungku batu yang telah dipanaskan dan balut batu tungku tersebut lalu tuamkan di kawasan bengkak susu tadi. Lakukan sambil menuam sambil mengepam atau sambil menuam sambil menyusukan anak. Proses ini bagi melancarkan semula pengaliran keluar susu. (Istilah ringkasnya mencairkan susu yang telah beku hingga menjadi bengkak tu). Ibu harus mengulangi proses menuam ni berulang kali sehingga bengkak susu surut yea.

Tak ada baru sekali tuam dah surut bengkak tu. Take time. Sabar.

Kalau terasa badan nak mula demam tu. Boleh ler amik panadol sebagai mengurangi rasa sakit.

Ada juga petua-petua tradisional untuk memulihkan bengkak susu ni. Contohnya amik kelopak kobis dan tekap area breast tu. Katanya kobis itu sejuk dan boleh mengurangkan rasa sakit. Tapi bagi pendapat akak. Kalau dah tempat bengkak tu sejuk. Dah sah-sah susu susah nak keluarkan. Beku. Jadi cara ni akak rasa tak berkesan. Tapi depends for situation badan seseorang. Ada yang ok. Ada yang tak ok.

Lepas itu ada yang guna sikat dan urut menghala ke nipples. Ini akak penah lakukan. Tak berjaya gak. Korang kalau nak try. Boleh ler cara tradisional ni.

Tapi kalau dah ikut gak cara2 yang akak bagi ni masih gak tak berjaya. Bengkak still ada dan bernanah atau berdarah plak. Hah, maybe ada something wrong somewhere (aiceh speaking London plak. Ntah betul ntah tidak tu) penyakit lain kot. So boleh ler refer pada yang pakar yea.

Ini hanya sekadar berkongsi pengalaman yang akak rasai dulu. Anak kedua pun akak mengalami bengkak susu gak semasa berpantang.

Jadi ibu-ibu yang merasai keadaan macam ni. Don't panic. Tapi bersyukur ler sebab ia pertanda baik pada breastfeeding anda akan berjaya. Bengkak yang terhasil adalah disebabkan payudara anda sedang berkerja untuk menghasilkan susu yang banyak.

Sekian, terima kasih. Bye :-)

No comments: