Pesanan Penaja ^_^

22 Mar 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 5 Odaiba City

Entry sebelum ini Day 5 Tokyo Water Cruise Asakusa

Hai semua.

Sori lambat update. Kak MB semakin buzy sekarang ni. Maaf yea.

Kalau kisah sebelum ni kita naik Boat Hotaluna dari Asakusa ke Odaiba. Kini kita dah sampai pun di Odaiba City (Tokyo).

Di Odaiba ni pun ada ceritanya juga.

Odaiba (お 台 場) ni sebenarnya adalah sebuah pusat membeli-belah dan hiburan yang terkenal di Tokyo Bay iaitu sebuah pulau hasil ciptaan manusia.  Kisah sejarahnya ada seorang lelaki pada zaman dahulu yang datang ke sini membuat pulau ni sebagai kubu yang bermaksud Daiba. Kubu ni di bina sebagai melindungi Tokyo daripada serangan atau ancaman luar dari laut. Tapi kini Odaiba dah berubah menjadi salah satu tarikan pelancong dengan bangunan-bangunan mewah di Tokyo, seperti Bangunan TV Fuji, Telecom Center dan Tokyo Big Sight.

Nak tahu kisah selanjutnya baca di sini Odaiba.


Ini ler shopping complex Aqua City Odaiba. Ia menempatkan pelbagai kedai, butik, restoran, kafe dan mempunyai panggung wayang juga. Kalau korang peminat setia makanan ramen. Korang boleh datang ke sini di level 5 dan mencuba pelbagai ramen yang berbeza dari seluruh Jepun. Tapi Kak MB tak masuk pun sini. Sebab misi utama adalah nak mencari Robot Gundam yang femes tu.

Tapi yang globe bulat tu bukan mercu Aqua City yea. Itu adalah mercu tanda Fuji Tv di Jepun. Bangunannya di belakang Aqua City ni.


Fuji TV dari kejauhan. Besarkan bangunan Stesyen TV Fuji ni? Kalau tengok waktu malam. View bangunan ni lagi cantik dengan di hiasi pelbagai warna.

So dari Odaiba Seaside Park akak mencari Robot Gundam pula. Rupanya dia agak jauh sedikit dari Aqua City ni. Lebih kurang 900m.

Jom kita teruskan perjalanan melihat gelagat rakyat Jepun yang santai jer bawak anjing kesayangan mereka bersiar-siar di sini. Nasib Kak MB tak sempat nak snap gambar. Sebabnya anjing diorang ni tak seperti kita di tanahair. Tu anjing kurap. Ni anjing yang comel-comel jer. Siap di pakaikan pampers dan baju tau supaya tak yak yakkk merata-rata.



Itu Yakatabune iaitu boat yang belayar malam. Kalau naik boat ni akan ada di sediakan makanan dan boat akan berhenti di tengah laut/ sungai tu sambil menikmati lampu-lampu neon dan pemandangan di waktu malam yang sememangnya cantik.



Pemandangan Rainbow Bridge yang akan bercahaya dengan lampu-lampu yang indah di waktu malam.


Hah, ni ler Statue of Liberty yang Kak MB tengok dari jauh tadi.


Tak dapat ke New York. Di sini pun jadi ler yea tengok replika Statue of Liberty.



Puas dah tengok mercu tanda New York ni.

Tertiba Incik Padil ternampak satu pokok yang sedang berbunga cantik di musim sejuk ni. Pokok ni betul-betul tepi jalan di Aqua City. Jarang tau pokok berbunga di musim ni. Kebanyakkannya tumbuhan di musim sejuk semuanya mati. Tinggal ranting-ranting je di pokok.


Pokok apa ni yea?


Pokok Sakura ke ni???

Tak kan awal betul pokok ni berbunga.. Sedangkan sekarang masih awal Feb kot.. Musim bunga biasanya bulan March hingga Mei.



Bila di tanyakan bunga ni pada kengkawan yang pernah menetap di Jepun ni dulu. Rupanya betul. Ini ler prunus lannesiana wilson 'kawazu-sakura' panjang namanya. Ia sejenis sakura 1st keluar sebelum sakura yang lain-lain. Dia akan keluar pada Feb kebiasaannya.



Untung ler Kak MB pergi time ni dapat jugak ler tengok bunga sakura walaupun bukan sepenuhnya sakura kan.


Alhamdulillah. Allah tunai kan permintaan Kak MB ni. Walaupun hari tu nak pergi musim sakura tapi memandangkan tiket time spring mahal. So Incik Padil beli tiket time winter yang jauh lebih murah.


Rupanya perancangan Allah itu lebih indah rupanya. Seindah putik bunga sakura ni. Bia pun hati tu berdetik di dalam. Tapi Dia Maha Mendengar dan Mengetahui... Syukur. Alhamdulillah. :-)

Puas sudah melihat sakura walaupun sepokok ni je kan. Tapi puas dah rasa hati ni.

Akhirnya misi mencari Robot Gundam di teruskan lagi.

Dimanakah kau wahai robot??


Yeahh, rupanya Si Robot Gundam berada di sebalik bangunan Diver City.


Kalau dari last stop Boat Hotaluna tadi. Kita akan jumpa bangunan 1st Aqua City, 2nd Fuji TV and 3rd baru Diver City Plaza iaitu tempat adanya Robot Gundam ni.

Tapi take note jugak ler. Yang robot ni telah di robohkan pada March 2017 hari tu. So sempat jugak ler Kak MB bergambar kenangan dengan robot ni. Dan robot ni akan di gantikan dengan robot yang lain pula.

Robot apa???

Kena tunggu ler.



Time Kak MB sampai ni Robot Gundam sedang tunggu timing untuk beraksi. Rupanya robot ni ada masa tertentu dia akan bergerak-gerak.

So dalam 10minit menunggu. Robot ni pun bergerak-gerak kepala, kaki dan tangannya sambil mengeluarkan bunyi dan kepulan asap.

Wow.. Hebat. Nasib Si Fayadh tak ikut. Kalau tak mesti dia happy ni.



Patung atau robot macam ni memang kegemaran Fayadh. Tapi apa kan daya Fayadh kecik lagi. Tak sesuai nak ke negara yang sejuk ni. Mama pun tak tahan. Apa tah lagi si dia.

Pertunjukan Robot Gundam amik masa dalam 15 minit juga. Lama.

Puas dah kepala mendongak ke atas. Kami pun masuk ke dalam shopping complex ni yang ada jual pelbagai cenderahati dan patung-patung Robot Gundam. Harganya not bad jugak.

So di Diver City Plaza ni jugak ler Kak MB riki semula kasut idaman Kak MB yang tengok di ABC Mart area Nishiki Market semalam.

Kasut apa??

Jom baca lagi. Hihihihi


Converse weii..

Juling mata tengok design kasut di sini memang rare belaka.



Cantik-cantik siott design nya. Tapi harga lagi menarik. Jauh lebih murah dari di tanahair.

Cuma korang kena tengok jugak ler kasut ni made in mana?

Ada yang Kak MB tengok Adidas tu ori tapi dia Made in Indonesia. Ada yang dari China.

Bila Kak MB tanya kenapa tak Made in Japan?? Rupanya kos pembuatan di Jepun sangat mahal. So diorang buat di negara luar yang jauh lebih murah.



Yes..!!!

Akak dah nampak dah kasut idaman hati. Cantik nya. Warna Timberland ni jarang ada di Malaysia. Biasa warna coklat jer.

Kak MB nak warna feveret. Nak hijau.

Tapi tak ada untuk cutting perempuan kaler hijau. Yang lelaki ada ler. Hampa. :-(

Saiz lelaki jauh lebih besar dan berat weii kasut ni.

So hijau dah tak ada. Kak MB kena pilih nak merah ke putih???

Putih cepat kotor tapi merah nampak macam mencapap plak colournya.



Xpelah. Kita try merah. Kalau Incik Padil kata okay.. Kita rembat je ler. Dah orang offer kan.

So nampaknya merah menjadi pilihan dengan saiz kasut paling kecil 8.. Kak MB kaki saiz 7. So no choice. Amik je ler sais 8. Selesa sikit pakai dan kaki pun tak ler tersepit..

Dan akhirnya Kak MB dapat juga kasut ni yang dah lama akak idam kan bertahun-tahun.

Harga???

Of course lagi murah dari di KL. Sebab sini Tax Free. Pembelian over 5,000 yen dapat claim tax dengan menunjukkan pasport pada kaunter bayaran yea.

Hah, setle dah mendapat yang di idamkan.

Done. Done. Time tu kaki badan pun rasa penat dah. Wikwikwik.

 Tengok jam baru jer pukul 6 petang. Tapi cuaca dah gelap dah.


Ditambah dengan suhu yang sejuk dengan angin yang agak kuat dari laut Odaiba ni. Sejuk beku dah jari-jari akak.


Dapat snap gambar Rainbow Bridge dari jauh je. Sebelum kami menuju ke Daiba Station yang hanya 300m jer dari Diver City Plaza. Station ni berdekatan dengan Hotel Grand Nikko.

So waktu ni adalak peak hour. Waktu rakyat Jepun pulang kerja. Jadi keadaan sesak sedikit dalam train sama seperti di KL Sentral juga.

Akhirnya misi Robot Gundam done. Misi Timberland pun done.

Thanks Incik Padil hadiahkan kasut ni semperna anniversary kita. Muahhh muahh muahhh :-*

Next entry Day 6 Sensoji Temple.

No comments: