Pesanan Penaja ^_^

3 Sep 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 8 Masjid Tokyo Camii

Entry sebelum ini Day 8 Tsukiji Market

Assalammuallaikum semua.

Ni adalah 'touch-point' terakhir Kak MB sebelum balik semula ke Asakusa untuk amik bagpack dan kembali ke Tanah Air ku malam ni. Yeayyyyy..!!!

Dari Tsukiji-Shiro Station nak ke Masjid Tokyo Camii. Uolls kena turun di Yoyogi-Uehara. Perjalanan train mengambil masa dalam 30 minit. Dari Station Yoyogi-Uehara ni korang kena berjalan kaki sedikit dalam 350m ler. Tak jauh pun berjalan.


Waktu kami sampai di Masjid Tokyo Camii ni dalam pukul 1 petang.

Time ni ler kami berjumpa lagi dengan satu keluarga dari Malaysia yang turut sama nak ke masjid ni.

Alhamdulillah. Rupanya keluarga ni datang dari Kuala Lumpur juga. Mereka datang berempat bercuti di Tokyo.



Masa kami sampai di sini. Tak ramai pun yang datang. Mungkin dah lepas waktu zohor sebab waktu zohor masuk dalam pk 11.30 pagi. Jam waktu ni pun dah nak ke pk 1 lebih.



Sebenarnya kewujudan Masjid Tokyo Camii ni ada kisah sejarah di sebalik pembinaanya.


Masjid Tokyo Camii ini adalah masjid terbesar di Jepun. Ia di bina oleh beberapa orang 'artisan craft' dari Turki mengikut seni bina dari zaman Uthmaniah. Seni bina masjid ini mirip sama seperti Masjid Biru yang terkenal di Istanbul dan segala peralatan dan bahan binaan serta perabot dalamannya di bawa terus dari Turki.




Masjid ni ada 2 tingkat satu tingkat bawah dan satu lagi tingkat di atas.


Kak MB terus je naik ke tingkat atas. Sebab tengok pintu di bawah tu bertutup rapatkan.


Incik Padil pula masih berborak dengan keluarga dari Malaysia tadi.

Sangkaan akak lelaki akan solat di bawah dan perempuan akan solat di atas.


Ni pemandangan dari tingkat atas. Dimana bahagian belakang tempat ni sedang berjalannya renovation.


Tu pemandangan belah kanan dari arah Station Yoyogi-Uehara.


Manakala ni pemandangan di sebelah kiri pula. Sangat tenang di sini.


Hah, ni ler keluarga dari Kuala Lumpur yang Kak MB cerita kan tadi tu.

Mereka ni buat bisnes nasi makanan Kelantan. Diorang da pelawa Kak MB datang kedai diorang ni. Tapi akak bz sangat belum ada masa lagi akak nak ke sana.

Mereka datang dengan suami masing-masing. :-)

Jom masuk ke dalam Masjid Tokyo Camii ni.


Begitu halus binaan bumbung masjid ni.



Wah, cantiknya pemandangan seni bina dalam masjid ni.

Yea ler.. Kak MB rasa masa masuk sini macam berada di Turki bukan di Japan tau.

Cantik sangat dalamannya.

 



Bertuahnya dapat solat di sini.

Kalau korang datang ke sini nak solat. Tempat ambil wudhuknya adalah di tingkat bawah dan solat dia di sini.


Rupanya sangkaan Kak MB tadi mengenai tingkat bawah tu adalah tempat solat lelaki adalah SALAH. Tingkat bawah tu tempat amik wuduk dan kedai cenderahati dari Turki.

Kalau lelaki nak solat. Boleh di sini.


Manakala tempat solat perempuan kena naik tangga lagi di atas. Ruang solat wanita kecik sedikit dari di bawah tadi.


Kalau korang ada anak kecik dan nak solat. Risau anak kang merayau ntah ke mana. So korang boleh drop anak tu sekejap dalam play ground kecik tu.

Telekung dan sejadah semua disediakan. Mudah dan senang nak solat di sini.



Setiap hari Jumaat ramai jemaah Islam akan datang ke Masjid Tokyo Camii untuk menunaikan Solat Jumaat.



Cantiknya lukisan ayat-ayat Al-Quran di dinding masjid ni.



Selesai menunaikan solat.

Kak MB pun meminta izin untuk beredar pada keluarga tadi. Almaklum ler hari ni hari terakhir kami di sini dan kami perlu sampai awal di airport nanti.

Mereka masih meneruskan percutian mereka lagi di Tokyo.



Ini ler tingkat bawah Masjid Tokyo Camii yang menempatkan pelbagai cenderahati dari Turki. Ia juga merupakan salah satu pusat kebudayaan Turki.



Hah, yang ni tak ada kena mengena dengan cenderahati Turki tadi tu tau. Hahahahah

Ia juga bukan cerek ajaib yang akan mengeluarkan JIN.

Tapi ia agak pelik di mata Incik Padil sebab toilet di Masjid Tokyo Camii ni mempunyai paip untuk beristinjak gaya gini. KahKahkAh. Pelik kan????

Ok ler. Jom kita ke Station Yoyogi-Uehara kembali.



Bye-bye Masjid Tokyo Camii.


Time ni ler kak MB nampak KOBAN ni?

Apa KOBAN ni?

Adakah tempat untuk sambut RAYA KOBAN atau tempat orang KOBAN CINTA ke? Hihihihi

Sebenarnya KOBAN ni adalah Pondok Polis. Kalau ada penjenayah yang di cari dan di kehendaki oleh polis. Diorang akan pamerkan ajer wajah penjenayah di sini tanpa blurr blurr kan wajah tau.


Yang ni apa pula????

Errmmm....

Banyaknya benda pelik-pelik di sini.


Rupanya ini adalah tempat simpan payung ler.

Kalau hujan di luar. Korang bawak payung kan tapi pemalas nak bawak payung tu ke hulu hilir. So korang boleh drop payung tu di sini.

Caranya seperti di atas. Sila baca tulisan arahan tu. Pandai tak baca? Hahahah. Akak pun tak faham.

Kena bayar atau tidak. Itu Kak MB tak pasti. Yang pasti cara dia simpan payung tu dengan lock by password.

Canggih betul kan??

Cer buat cenggini dekat tempat kita. Akak rasa bukan payung jer hilang. Silap hari bulan dengan tempat letak payung ni pun hilang sekali. Sebab tempat simpan payung ni adalah besi kan. Besikan mahal harganya. Ada nilai tu.

Kalau dekat Tokyo ni. Ini ler 1st time akak nampak tempat letak payung sebegini. Besa nampak tempat letak basikal atau locker coin tu je.

Next entry Review Kebab Factory Asakusa

Kembara Musim Salju 2017 : Day 8 Tsukiji Market

Entry sebelum ini Day 7 : Mount Fuji

Hai semua.

Assalammuallaikum. Salam Aidiladha.

Selamat malam.

Maaf sayang-sayang Kak MB semua. Entry dapat keluar sebulan sekali jer kebelakangan ni. Ni pun dek kerana bercuti panjang. Sempat ler jari jemari akak ni meneruskan story Kembara hari tu.

Kalau tak. Jadual Kak MB selalu jer penuh. Buzy naw naw..!!!

Harap-harap korang tak bosan menanti entry-entry seterusnya yea.. Chill..!! :-)

Alhamdulillah. Hari ni hari terakhir kami di Japan. Flight malam ni adalah pukul 11 lebih. So siang hari ni masih ada lagi peluang kami merayau-rayau di sekitar Tokyo.

Pagi ni kami check-out awal dari Kenta House seawal jam 8 pagi.

Segala bagpack dan barang hasil tangkapan kami simpan di Locker Coin yang ada di setiap station. So kami simpan bag di Asakusa Locker Coin.

Jom #kemanakitaniey



So pagi ni Kak MB dan Incik Padil akan sekali lagi ke Pasar Borong yang cukup terkenal di Tokyo iaitu Tsukiji Market. Kalau sebelum ni kami ke pasar Kyoto iaitu Nishiki Market untuk melihat sendiri bagaimana mereka menjaga kebersihan pasar dan kali ni kami masih lagi nak ke pasar tapi bukan lagi nak melihat kebersihan di pasar ni.


Tujuan Kak MB nak ke sini sebab ia adalah 'touch-point' sesiapa yang datang ke Tokyo.

Kalau dari Asakusa korang boleh amik Toei Subway Oedo Line dan turun di Station Tsukiji-Shijo. Dari station ni korang exit A1 dan belok ke kanan.


Nanti nampak ler banyak kenderaan seperti di bawah ni lalu lalang depan korang. Dah sampai ler tue. Hihihi



Kalau korang nak tau Tsukiji Market adalah pasar borong ikan terbesar di dunia kerana setiap hari beribu tan hasil tangkapan laut di naikkan di sini.

So sesapa nak makan ikan atau makanan laut yang segar-segar. Boleh ler datang ke sini. Kalau korang nak beli untuk bawak balik ke negara masing-masing pun boleh. Peniaga akan packing cantik-cantik dengan ais yang mencukupi untuk korang bawak balik ketam ke atau ikan segar ke Malaysia.

For your information daya tarikan utama di pasar borong ni adalah lelongan ikan tuna pada setiap awal pagi. Tak silap Kak MB  lelongan bermula dari pkl 5 pagi ke pkl 6.30 pagi kot dan ada syarat-syarat tertentu yang perlu di patuhi semasa lelongan berlangsung.



(Sumber : Google)

Apa yang Kak MB tau ler. Nak join lelongan ni pun perlu ada pass yang membenarkan kita join lelongannya. Setiap hari hanya 120 orang sahaja yang di benarkan untuk membuat lelongan ikan tuna ni. Ada 2 masa sesi lelongan dan setiap masa lelongan berlaku hanya 60 orang sahaja yang di benarkan untuk join lelongan. Tak boleh ramai-ramai.

Tapi memandangkan time lelongan ni adalah sangat pagi. So akak tak dapat tengok lelongan ni.

Jadi kita teruskan perjalanan melihat apa yang menarik di Tsukiji Market.


Yang bumbung biru tu adalah kawasan larangan masuk. Ia tempat untuk lelongan ikan tuna. Tak ada pass. Jangan ngada-ngada nak masuk yea.

Kena tangkap. Sendiri jawab.


Banyak lori-lori serta motor peniaga keluar masuk di sini. So hati-hati bila berjalan.

Walaupun namanya pasar borong dan ramai orang datang. Tapi pemadangan still bersih. Tak nampak macam Pasar Borong kita kan... Bersepah dengan lecak air dan sampah.



Brokoli dia packing gaya gini. Nampak kemas dan segar. Harga?? Tak tau.


Yang ni wasabi tau. Fresh dari ladang. Kalau makan yang fresh ni. Rasa dia ala-ala pepprmint jer. Tak ler menyengit sangat hidung kita seperti wasabi yang dah lama peram.


Apa ni??? Kopok gote ke? ke kopo kayu?

Rupa macam kopo lekor. Nak baca tulisan tu tak faham. Nak bertanya pada orang tu kak MB malas pula sebab tak membeli kan.

So nampak menarik benda ni. Snap ajer. Sapa tau apa benda ni nanti habaq kak MB ekk.


Ni deretan kedai yang menjual pelbagai jenis jeruk makanan.

Ingat dekat Penang je ke ada jual jeruk. Sini pun ada jeruk tau.



Kalau di Penang ada jeruk buah-buahan tapi di sini kebanyakkannya adalah jeruk sayur-sayuran ala-ala kimchi tue.




Jeruk timun Jepun ada.. Jeruk carrot pun ada. Apa rasa??? Hahahahah. Kak MB tak tau.


Udang kering dan udang geragau.


Kalau tadi deretan kedai menjual sayuran jeruk dan kali ni deretan kedai jual ikan-ikan yang telah di keringkan dan di perap.


Kalau tengok ikan diorang ni macam di perap dengan rempah dan kunyit.


Cendawan Shitake.


Seaweed. Harga macam agak mahal jugak ler. Maybe yang ni jenis Seaweed Gred A kott.


Deretan cenderahati. Ingatkan betul-betul ler shushi. Sekali Fridge Magnet ler.




Ingat dekat Chow Kit jer femes pinggan mangkuk comel-comel ni. Dekat sini pun ada pasar ala karat yang da jual pelbagai saiz mangkuk yang comel lotey. Not bad..!


Besar wei pasar borong mereka ni. Lagi besar Tsukiji Market dari Nishiki Market di Kyoto hari tu.

Moh jalan lagi.

Korang jom scroll lagi gambar-gambar di bawah.


Ikan Salmon harga dalam RM 8.00 ke RM 10.00 seketul. Murah ke mahal??? Tapi yang ni fresh punya.


Biasa kalau makan Sushi di Sushi King. Feveret Kak MB suka makan telur ikan yang warna oren tu. Sedap kan.


Tapi dekat Japan ni telur ikan nya besar-besar dikk..

Geram jer rasa nak picit-picit telur tu.

Cuma akak tak pasti adakah dia telur ikan Salmon atau ikan lain. Tapi kalau makan.

Sumpah weiiii. Meletup-letup telur tu dalam mulut ni.


Telur ikan tu di jual dalam harga RM40 sebekas.


Sapa tau ni binatang apa? Hahahah


Yang duri-duri hitam tu adalah landak laut dan yang ada lemon tu adalah tiram.

Landak laut tu akak tak pasti boleh kita makan ke tidak sebab dia beracun kan??? Takut nak makan benda pelik-pelik ni.


Tapi yang pasti tiram ni kita boleh  makan. Kalau dekat Malaysia tiram ni salah satu makanan mahal. So kak MB kena cuba makan tiram ni dekat sini dan makan mentah-mentah.  ^_^

Apa rasa??

Tungguuuuu...!!!


Kebiasaan mereka makan tiram ni dengan perahan lemon dan akan di bakar dengan sejenis cecair ala-ala sakae. So dia tak halal.

Dan kak MB pun berjalan lagi ke kedai yang lain.

Sampai ler ada satu kedai tu pun menjual tiram mentah juga dan hanya makan dengan perahan lemon dan sos Tobacco.


So kak MB pilih saiz yang ni dan kongsi makan berdua dengan Incik Padil.

Almaklum ler harganya sangat-sangat tercekik tulang di buatnya.. Hahahaha. Jimat-jimat ohkeyyy. Cukup sekadar dapat merasa.


Ni akak dah letak perahan  jus lemon. No Tobacco Sauce.


Bismillah.

Ermmm sedapnya... Rasa sama seperti makan kerang atau lala. Cuma yang ni rasa masin + masam.

Recommended.



Ikan Salmon yang telah di keringkan.


Hah, yang ni King Crab atau Jappanese Crab. Harga main ratus-ratus jer ni.

Nasib kak MB tak mengidam nak makan crab ni. Berapa ler agaknya yea berat crab ni?

Sok akan datang kalau kak MB mengidam nak makan crab besar ni kita gi Manhattan je ler yea.


Tak dapat beli sekor dapat beli kaki pun jadi ler. Hahahahah. Kak MB tak beli pun.

Just jalan-jalan tengok sahaja.



Dari satu kedai ke satu kedai akak berjalan. Setiap lorong kawasan pasar ni akak masuk tau. Lenguh gak kaki ni. Kawasan dia besar lagi dari tapak pasar malam.


Ni apa ramai-ramai ni?

Ingatkan ada tilik nasib ke konsert ke.. Rupanya ni adalah restaurant yang femes katanya. Ramai orang tunggu turn nak makan dekat situ.

Nasib ler ia tak halal. Kalau tak. Kak MB pun join sekaki gak beratur situ. :-)


Kali ni akak berjalan pula di deretan kedai menjual pelbagai buah-buahan.


Wow.. Besarnya buah strawberry ni. Nampak macam sedap jer tu.

Nak beli ke tidak?

Dari di Nishiki Market dan Mount Fuji lagi akak usha buah ni. Tapi bila tengok harganya rasa macam bersalah plak nak belinya.


Tapi kalau tak beli lagi rasa bersalah seumur hidup kottt.

Almaklum ler bukan senang kami nak sampai ke Japan ni. Nak-nak lagi buah Strawberry Putih ni. Bukan ada dekat Malaysia pun. Buah strawberry merah tu biasa dah makan.

Aduhaiiii. Ruginya kalau tak dapat rasa keenakan buah dari musim sejuk ni.


Nak beli yang ni. RM 160 inggit ni.. (menung seketika)


Hah, ada pun buah strawberry putih jual sebiji jer. Hahahahhaha.


Akhirnya kami pun beli gak ler sebijik untuk buat rasa-rasa kan.

Nak makan sampai kenyang. Tengok harga tak kan mengenyangkan pun.

Alhamdulillah. RM 20 sebiji strawberry ni. Ok ler. Dengan pengalaman kami yang sangat berharga di sini.



Saiz nya memang sebesar tapak tangan Kak MB ni. Belum pernah lagi saiz buah Strawberry di Malaysia sebesar ni.

Rugi weiii tak rasa.



Perghhhh, manis weiiii. Serius. Tak tipu. Manis seperti gula. Tak ada langsung rasa masam. Tak sama weii buah strawberry Cameron. Yang ni memang marvellous. Sekali makan. Rindu dan teringat-ingat bertahun-tahun.

Buah ni hanya ada di musim sejuk jer tau. Rasa manis nya di sebabkan ia menerima suhu sejuk yang mencukupi. Tu yang membuatkan buah strawberry putih ni rasa manis sesangat-sangat.

Sila makan share-share dengan Incik Padil. Cukup ler 3 gigitan sorang. Hahahhaha.


Kalau tadi makan strawberry putih. Tak kan. Tak cuba yang merah pula kan.


So luck kami jugak ler. Ada peniaga tu buat lelongan buah strawberry merah ni last tinggal 2 packet jer. So harga dari 1200yen. Diorang bagi kami 700yen.

Merasa ler kami makan buah strawberry merah ni.


Saiz nya tetap besar. Penuh satu tapak tangan Kak MB ni. Makan sebijik. Pun puas dah.


Serius. Sedap. Manis. Sama rasanya seperti strawberry putih tadi. Yang merah ni kami tak share-share makan yea. Sebab ada 6 bijik kan. So sorang 3 bijik.

Puas dah makan buah strawberry.


Air please.. Huhuhu

Eh eh tak ada air jual di sini.

Kesudahnya kami beli gak aiskrim ni untuk basah tekak. Sebabnya nak cuba rasa Aiskrim Black Sesame a.k.a Aiskrim Bijan. Yang tu untuk Incik Padil. Kak MB masih setia dengan Aiskrim Green Tea.


Sedap aiskrim bijan tu. Boleh cuba resepi nya buat aiskrim Malaysia perisa Black Sesame pulak.

Amacam????

Ok ler.. Ni dah sampai ke penghujung jalan pasar ni. Hampir 2jam lebih kot kami merayau-rayau di sini.

Perut pun dah kenyang.

Jom balik. Kita nak ke next destination iaitu Masjid Tokyo Cami untuk solat Zohor.

Masa on the way ke Staton Tsukiji-Shijo kami da nampak sesuatu yang menarik.



Basikal wajib di parking pada tempatnya dan di susun dengan kemas. Tak ada gari mangga pun pada basikal tu.

Dont't worry. Basikal tu selamat dari di curi.


Gi pasar pun bawak anjing. Comel plak anjing tu.


Sebelum bertugas untuk mengutip sampah. Lori sampah akan di bersihkan dulu. Dan selepas beroperasi pun. Lori sampah ni akan sekali lagi di bersihkan dan di cuci.

Sebab tu lori sampah diorang tak berulat, tak berair dan tak berbau. Bersih sangat lori sampahnya.



Ingat COSMO tu surat khabar jer. Rupanya ada stesen minyak gak.


Yang menarik stesen minyak di sini. Pam nya kena tarik dari atas. Bukan dari tepi seperti pam minyak di Malaysia.


Harga minyak diorang pun lebih mahal beb. Kalau kita di tanah air setakat harga bawah 3inggit pun kecoh kan dan harga sama setiap stesen  minyak.

Tapi di Japan minyak diorang lain. Harganya RM 5 ke atas seliter. Dan harga minyak berbeza di setiap stesen minyak. So setiap stesen pam ni akan pamerkan harga jualan minyak mereka untuk menarik pelanggan datang.


Next entry Day 8 : Masjid Tokyo Camii